Kebebasan bekerja untuk pelarian daripada Filipina di Malaysia

Kebebasan bekerja untuk pelarian daripada negara Filipina adalah satu isu yang semakin dititikberatkan pada abad ke-21 ini terutamanya di Asia Tenggara. Tidak dinafikan bahawa negara Filipina adalah salah satu negara yang memberi sumbangan besar dalam pekerja berkemahiran rendah dan separa tinggi kepada semua negara di dunia merekodkan sebanyak 8.1 juta warganegara Filipina bertetap dan bekerja di 200 negara seluruh dunia[1]. Negara jiran di Asia seperti Taiwan, Hong Kong, Malaysia dan Singapura adalah antara negara-negara yang menggalakkan penerimaan tenaga pekerja warganegara Filipina. Mereka juga menyediakan infrastruktur dan peluang-peluang pekerjaan yang pelbagai untuk membolehkan mereka hidup dan menyara diri di negara-negara tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat banyak berita terkini telah melaporkan bahawa sejumlah warganegara Filipina datang ke negara-negara ini tanpa permit kerja yang sah dan bekerja secara haram terutamanya di negara-negara bahagian Asia Tenggara seperti Malaysia.  

Latar belakang sumber buruh di Filipina sunting

Sejak 1974, eksport buruh yang diinstitusikan oleh kerajaan Filipina sebagai dasar pembangunan, ekonomi negara Filipina telah menunjukkan penambah baikan dari segi peningkatan dalam peluang pekerjaan kepada rakyat melalui penghantaran wang daripada pekerja Filipina di luar negara. Pada tahun 80-an, eksport buruh wanita Filipina semakin bertambah, menyaingi eksport buruh Filipina lelaki. Peguambela migran, termasuk pekerja-pekerja NGO, kumpulan agama, dan sebagainya menyuarakan kebimbangan mereka tentang penghijrahan wanita, khususnya penghijrahan migran Filipina sebagai pekerja rumah di negara lain [2]. Peninggalan orang Filipina ke negara lain memberi impak secara negatif kepada ahli keluarga mereka yang masih ada di Filipina. Pekerjaan migran Filipina di luar negara adalah seperti menjadi penghibur-penghibur telah mengancam reputasi negara tersebut. Segelintir pekerja Filipina yang bekerja dalam bidang hiburan yang dihantar ke negara lain terpaksa mengawal seksualiti mereka untuk mengelakkan persalahlakuan seksualiti sejurus memalukan imej tanah air mereka. Menurut kerajaan dan penduduk Filipina, jikalau migran wanita memalukan Filipina, perkara tersebut akan menyebabkan masalah bagi pekerja-pekerja migran yang lain dan pada masa depan.

Latar belakang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sunting

 
Keluarga PATI Filipina.

Rekod kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke Malaysia meningkat secara berperingkat sejak tahun 2003. Walaubagaimanapun, rekod pengusiran PATI juga turut meningkat sejak tahun tersebut. Menurut rekod yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara Sabah (MKNS), sebanyak 5,645 orang PATI telah dihantar semula ke Filipina melalui pelabuhan Sandakan [3]. Pengusiran PATI selalunya disalah anggap sebagai ketidakinginan kerajaan Malaysia untuk menerima pekerja asing ke dalam negara ini. Secara telusnya, pengusiran ini terpaksa dilakukan oleh badan berkuasa untuk memberi perlindungan kepada orang awam untuk bekerja disebabkan para PATI yang tidak mengikut undang-undang untuk bekerja di Malaysia. PATI yang diusir juga adalah atas sebab penempatan mereka yang tidak sah ataupun melebihi masa di Malaysia.

Perlindungan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sunting

Menurut UNCHR[4], pelarian Filipina yang datang ke Malaysia adalah disebabkan oleh isu pe perangan dan pencabulan hak-hak asasi manusia atas hasil undang-undang negara berat sebelah yang diamalkan oleh kerajaan negara tersebut. Oleh yang demikian, UNCHR telah mengendalikan isu ini untuk melindungi para pendatang asing tersebut terutamanya mereka yang ingin mencari pekerjaan tanpa dokumen yang sah di Malaysia.

 
Program Rekalibrasi Tenaga Kerja - Soalan-soalan Lazim[5].

Seterusnya, kerajaan Malaysia turut memberi sokongan yang tuju kepada PATI yang datang ke Malaysia terutamanya kepada individu yang ingin bekerja. Kerajaan Malaysia telah menetapkan program dibawah penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dikenali sebagai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja[5]. Program ini bertujuan untuk membantu PATI untuk memperoleh pekerjaan dalam perbagai bidang yang memerlukan kemahiran rendah dan separa tinggi seperti dalam kerja-kerja perkilangan, perindustrian, perkhidmatan pelanggan dan lain-lain mengikut kelayakan yang ditetapkan. Program Rekalibrasi Tenaga Kerja ini mempunyai kriteria pengambilan pekerja yang sangat ringan untuk memudahkan PATI mencari majikan untuk memohon pekerjaan dalam sektor berkaitan.

Selain daripada itu, kelayakan yang membolehkan seorang PATI untuk bekerja di Malaysia dengan sah juga adalah terbuka kepada PATI yang berumur 18 tahun dan ke atas. Perkara ini adalah untuk memastikan majikan tidak mengambil kesempatan atas pengambilan buruh bawah umur dan untuk mengawal pemberian gaji yang setara dengan undang-undang pembayaran pendapatan yang dilaraskan oleh Kementerian Sumber Manusia di Malaysia. Hal ini juga penting untuk dititikberatkan agar PATI dapat diberi kesempatan yang baik apabila bekerja.

Perlaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja ini adalah untuk memberi kebebasan kepada warganegara asing untuk bekerja di Malaysia mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Lebih daripada 100 majikan di seluruh Malaysia yang sanggup memberi kesempatan kepada PATI untuk bekerja dalam sektor perniagaan mereka dengan cara yang betul [6].

Secara keseluruhannya, kebebasan bekerja untuk PATI Filipina adalah tidak terhad sekiranya mereka mengikut sistem pengambilan pekerja yang sah dan selaras dengan undang-undang Malaysia. Mahupun liputan yang negatif terhadap isu ini, badan berkuasa JIM telah mengambil langkah-langkah yang lebih insklusif untuk membantu PATI Filipina mendapat peluang pekerjaan di Malaysia tanpa mengancam pendudukan mereka di negara ini. Dengan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam, PATI juga boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk bekerja dan mengelakkan masalh dengan kerajaan Malaysia.

Rujukan sunting

  1. ^ Asis, Maruja M.B. (1 January 2006). "The Philippines' Culture of Migration". Migration Policy Institute (MPI). Dicapai pada 17 June 2023.
  2. ^ Rodriguez, Robyn M. (18 October 2017). [chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://escholarship.org/content/qt7q75k44h/qt7q75k44h.pdf "Domestic Insecurities: Female Migration from the Philippines, Development and National Subject-Status"] Check |url= value (bantuan) (PDF). Article. Dicapai pada 17 June 2023.
  3. ^ Wartawan Mediaisma (12 August 2020). "400 PATI Filipina dihantar balik negara asal". ismaweb.net. Dicapai pada 17 June 2023.
  4. ^ UNCHR (01 April 2021). "MANA FAKTA, MANA MITOS: Sembilan Perkara Tentang Isu Pelarian di Malaysia". UNCHR.org. Dicapai pada 17 June 2023. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ a b Jabatan Imigresen Malaysia (19 November 2021). [chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/doc/FAQs_REKALIBRASI_TENAGA_KERJA_V8_19112021.pdf "Jabatan Imigresen Malaysia - Program Rekalibrasi Tenaga Kerja - Soalan-soalan Lazim"] Check |url= value (bantuan) (PDF). Dicapai pada 17 June 2023.
  6. ^ MalaysiaKini (27 November 2020). "Lebih 100 majikan mohon pelan pemutihan Pati". malaysiakini.com. Dicapai pada 17 June 2023.