Kedormanan biji benih

Kedormanan biji benih adalah ketidakbolehan benih bercambah dalam sesuatu tempoh masa tertentu dengan gabungan faktor-faktor persekitaran sesuai untuk benih bercambah.[1] Dorman adalah mekanisme benih untuk mencegah percambahan semasa keadaan ekologi tidak bersesuaian, di mana kebarangkalian bibit hidup adalah rendah.[2]

Salah satu fungsi penting kebanyakan benih adalah percambahan lewat, yang membenarkan masa penyebaran dan pencegahan semua benih bercambah pada masa yang sama.  Hal ini melindungi sesetengah benih daripada rosak atau mati akibat cuaca buruk atau menjadi makanan herbivor. Ia juga membolehkan beberapa biji untuk bercambah apabila persaingan antara tumbuh-tumbuhan lain untuk cahaya dan air sedikit. 

Rujukan sunting

  1. ^ Baskin, J.M.; Baskin, C.C. (2004).
  2. ^ Black M., Bewley J.D. & Halmer P. (2006).