Kehilangan Melissa Brannen

Kehilangan Melissa Brannen (lahir Melissa Lee Brannen, lahir 12 April 1984) berlaku pada 3 Disember 1989 di Woodside Apartments di Lorton, Virginia. Brannen ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun kepada ibunya Tammy Brannen, yang tinggal di sebuah kompleks. Beliau dilaporkan hilang semasa menghadiri satu majlis yang diadakan di kompleks. Caleb Daniel Hughes, seorang tukang di kompleks tersebut, disabitkan dengan tuduhan penculikan dan dijatuhi hukuman 50 tahun penjara.[1][2] Jasad Brannen tidak pernah ditemui, beliau tidak dapat dibuktikan telah meninggal dunia, dan tuduhan pembunuhan ke atas Brannen tidak pernah diajukan.[3]

Melissa Brannen
Kelahiran(1984-04-12)12 April 1984
Hilang pada3 Disember 1989; 34 tahun yang lalu (1989-12-03)
Lorton, Virginia, Amerika Syarikat
StatusHilang selama 34 tahun, 137 hari
WarganegaraAmerika Syarikat
Ketinggian92 cm (3 ka 0 in)

Kisah kehilangan Melissa diceritakan dalam The FBI Files dalam episod keduapuluh musim pertama.[4] Peristiwa ini juga pernah muncul dalam episod kelima musim keempat Forensic Files, yang berjudul "Innocence Lost".[5][6]

Kehilangan sunting

Pada 3 Disember 1989, majlis perayaan Krismas yang dihadiri 80 tetamu diadakan di kompleks apartmen, tempat Tammy Brannen tinggal dengan Melissa. Sewaktu mereka meninggalkan majlis, Melissa kembali masuk untuk mengambil beberapa kerepek kentang, dan tidak muncul semula setelah itu. Pada waktu Melissa tidak ditemui, ia disyaki ada sesuatu yang tidak kena. Pencarian segera bermula, dengan bantuan lebih dari 300 sukarelawan.

Siasatan sunting

Penjaga kompleks, Caleb Hughes, menjadi suspek utama pada malam itu menurut keterangan saksi. Beberapa wanita melaporkan bahawa Hughes melakukan serangan seksual terhadap mereka sepanjang majlis diadakan, dan tetamu lain melaporkan bahawa Hughes memberikan perhatian yang berlebihan terhadap kanak-kanak di majlis tersebut, termasuk Melissa. Polis mengunjungi apartmennya pada malam hari. Isteri Hughes berhubungan baik dengan polis. Semua pakaian, termasuk kasut Hughes yang dipakai semasa kehilangan Melissa, ditemuki di mesin cuci Hughes, yang dimasukkan dengan tergesa-gesa ke sana untuk dicuci oleh Hughes sendiri ketika tiba di rumah. Polis merampas barangan itu sebagai bukti. Polis juga menyita kenderaan yang dipandu oleh Hughes dan kerusi tempat duduk diperiksa terdapat serat pakaian sebagai bukti. Pemeriksaan dalam ujian kebohongan mendapati bahawa Hughes berbohong ketika ditanyai tentang peranannya dalam kehilangan Melissa.

Isteri Hughes, Carol, adalah kunci penyelidikan tersebut. Ia melaporkan bahwa Hughes kembali ke rumah setelah bekerja beberapa jam lebih lama dari biasanya dan juga ditemukan tambahan jarak tempuh pada odometer mobil. Suaminya menjelaskan bahwa jarak tempuh yang lebih jauh merupakan akibat dari perjalanan sampingan ketika ia membeli bir sebanyak enam pak dan mengambil rute yang lebih panjang untuk kembali ke rumah. Hughes tidak pernah menjelaskan mengapa ia melakukan perjalanan yang lebih jauh dari perjalanan yang biasa ia gunakan untuk pulang ke rumah.

Serat pakaian diambil dari kursi depan kenderaan. Korban dilaporkan mengenakan baju Big Bird yang dibeli dari J. C. Penney. Peneliti memperoleh baju yang identik, dan dibandingkan dengan yang ditemukan di kursi mobil Hughes. Kecocokan antara baju dan serat pakaian dalam mobil telah dipastikan saat diteliti. Selain itu, ditemukan pula beberapa bulu kelinci dari mantel yang dipakai oleh Tammy di pesta. Bukti ini menyatakan ke arah kemungkinan bahwa korban duduk di kursi penumpang pada malam itu.[7]

Semua penyiasat yakin bahawa Hughes telah membunuh Melissa. Walaupun undang-undang Virginia tidak memerlukam mayat mangsa mengemukakan tuduhan membunuh, pendakwa tidak meminta untuk mengenal pasti lokasi pembunuhan itu. Memandangkan kekurangan bukti ini, Hughes didakwa melakukan penculikan dengan niat untuk memperdaya Melissa secara seksual. Bukti serat pakaian ialah penting dalam tuduhan ini, kerana pihak pendakwa berhujah bahawa tidak ada alasan yang kuat untuk menanggalkan mantel gadis itu di dalam kereta; kerana itu, serat pakaian masih tertinggal di dalam kereta. Hughes didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 50 tahun.[8]

Dua individu yang tiada kaitan dengan kes Brannen didakwa melakukan peras ugut dengan permintaan tebusan sebanyak AS$75,000. Kemudian mereka ditangkap semasa mengumpulkan wang tebusan.[9][10]

Kejadian setelah kes berakhir sunting

Pada tahun 1995, pencarian di sebuah tasik dilakukan setelah pekerja di sebuah syarikat elektrik menemui beberapa kain merah di tasik tersebut. Tiada bukti jasad ditemui.[11]

Sekitar lapan tahun setelah kehilangan Melissa, ibunya berkahwin lagi. Meskipun ibunya mengambil nama keluarga dari suami barunya, Graybill, sebagai dirinya sendiri, dia mempertahankan nama Brannen dalam senarai agar anak perempuannya, jika masih hidup, dapat menghubunginya. Graybill telah mempunyai empat anak tiri bersama suami barunya.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "USDOJ/OIG FBI Labs Report". oig.justice.gov. U.S. Department of Justice Office of the Inspector General. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  2. ^ SCHNEIDER, KAREN S. (29 April 1991). "Crime and Punishment – Vol. 35 No. 16". PEOPLE.com. Time Inc. Dicapai pada 22 Oktober 2017. Last month, in Fairfax County (Va.) Circuit Court, Caleb Hughes, 25, a slight, former grounds keeper, sat expressionless as the verdict was delivered: guilty of abduction with intent to defile.
  3. ^ Davis, Patricia (November 27, 1999). "Mother's Memory Has Never Faded". Washington Post. Dicapai pada November 17, 2012.
  4. ^ "THE FBI FILES – Season 1 Ep 8 "Melissa Brannen: Missing"". FilmRise. 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-22. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  5. ^ "Forensic Files Episode List – Forensic Files". Forensic Files. Dicapai pada 22 Oktober 2017. 44. Innocence Lost
  6. ^ "Forensic Files – Season 4, Episode 5: Innocence Lost". youtube.com. FilmRise. 8 Julai 2016. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  7. ^ "The clothes make the man . . . guilty – Dec 03, 1989 – HISTORY.com". HISTORY.com. A&E Networks. 4 December 2009. Dicapai pada 10 September 2017.
  8. ^ "Crime and Punishment". People.com. Dicapai pada 9 Disember 2014.
  9. ^ "Ransom paid, Melissa still missing". The Free Lance-Star. February 16, 1990. Dicapai pada 9 Disember 2014 – melalui News.google.com.
  10. ^ Howe, Robert F.; Davis, Patricia (1990), 2 CHARGED WITH EXTORTION IN MELISSA BRANNEN CASE, The Washington Post, dicapai pada 30 Jun 2017
  11. ^ "Lake dredged for girl missing since 1989". The Free Lance-Star. 27 Jun 1995. Dicapai pada 9 Disember 2014 – melalui news.google.com.

Pautan luar sunting