Kejohanan Lawan Pedang Kerusi Roda Dunia IWAS

Kejohanan Lawan Pedang Kerusi Roda Dunia IWAS (bahasa Inggeris: IWAS Wheelchair Fencing World Championships) merupakan sebuah kejohanan dunia lawan pedang bagi atlet kurang upaya. Kejohanan ini pertama kali diadakan pada tahun 1994 di Hong Kong.[1]. Kini, kejohanan ini diadakan pada setiap dua tahun (setahun sebelum Sukan Paralimpik) dan dianjurkan di lokasi yang sama dengan Kejohanan Lawan Pedang Dunia sejak tahun 2006.[2] Hal ini merupakan hasil kolaborasi antara pengendali Kejohanan Lawan Pedang Kerusi Roda Dunia, Persekutuan Sukan Kerusi Roda dan Amputasi Antarabangsa (IWAS) dan pengendali Kejohanan Lawan Pedang Dunia, Persekutuan Lawan Pedang Antarabangsa (FIE).[3]

Kejohanan sunting

Edisi Tahun Lokasi Tarikh
1 1994   Hong Kong -
2 1998   Eisenkirchen -
3 2002   Budapest -
4 2006   Turin -
5 2010   Paris 12 - 20 November
6 2011   Catania 8 - 15 Oktober
7 2013   Budapest 7 - 12 Ogos
8 2015   Eger 17 -24 September
9 2017   Rom 6 -12 November
10 2019   Cheongju 17 - 23 September

Rujukan sunting

  1. ^ "IWAS Wheelchair Fencing World Cup in Hong Kong". iwasf.com. 8 Oktober 2012. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
  2. ^ "History". IWAS Wheelchair Fencing. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
  3. ^ "Collaboration Agreement signed between FIE and IWAS". fie.org. 17 Julai 2015. Dicapai pada 24 Oktober 2021.