Kejutan budaya
Kejutan budaya merupakan istilah yang digunakan bagi menggambarkan kegelisahan dan perasaan (terkejut, kekeliruan, dll.) yang dirasakan apabila seseorang terpaksa duduk dalam kebudayaan atau persekitaran sosial yang berlainan sama sekali, seperti ketika berada dinegara asing. Ia timbul akibat kesukaran dalam asimilasi kebudayaan baru, menyebabkan kesukaran bagi mengenali apa yang wajar dan tidak wajar. Sering kali ini digabung dengan kebencian moral atau estatik yang kuat mengenai sesetengah aspek budaya berlainan atau budaya baru.
Istilah ini mula diperkenalkan buat kali pertama pada 1954 oleh Kalervo Oberg. Penyelidik lain kemudiannya yang meneruskan penyelidikan berkenaan kejutan budaya termasuk Michael Winkelman. Kejutan budaya merupakan bahagian penyelidikan dalam komunikasi antara budaya. Kini sesetengah penyelidik mendakwa bahawa kejutan budaya turut mempunyai banyak kesan positif kepada pengembara pelbagai budaya, seperti meningkatkan jati diri seseorang (self-efficacy )[1] dan membantu meningkatkan motivasi diri[2].
Fasa kejutan budaya
suntingKejutan budaya yang kuat (berhijrah ke negara asing) sering kali terdiri dari fasa yang berlainan, sungguhpun tidak semua orang melalui kesemua fasa ini dan tidak semua orang berada dalam budaya baru cukup lama bagi melalui kesemua tiga fasa[3]:
- "Fasa berbulan madu" - Semasa fasa ini perbezaan antara budaya baru dan lama dilihat sebagai sudut pandangan romantik, menarik dan baru, Sebagai contoh, berpindah ke negara asing, seseorang mungkin gemarkan makanan baru, tempo kehidupan, tabiat masyarakat, bangunan dan seterusnya.
- Fasa pembelajaran (negotiation) - Selepas beberapa hari, minggu, atau bulan, perbezaan kecil antara budaya baru dan lama diselesaikan. Seseorang mungkin rindukan makanan asal, mungkin mendapati tempo kehidupan terlalu perlahan atau pantas, mungkin mendapati tabiaat masyarakatnya mengganggu, dll.
- Fasa "semuanya baik" - Kemudian, selepas beberapa hari, minggu atau bulan, seseorang mulai biasa dengan perbezaan budaya baru dan mempunyai kebiasaan. Pada tempoh ini, seseorang tidak lagi bertindak balas kepada budaya baru secara positif atau negetif, kerana ia tidak lagi dirasakan sebagai budaya baru. Seseorang itu mulai menumpu kepada asas kehidupan semula, sebagaimana ketika berada dalam kebudayaan asal.
- Kejutan budaya menyongsang - Apabila seseorang kembali kenegara asal selepas biasa tinggal di negara asing boleh menimbulkan kesan yang sama seperti digambarkan di atas.
Dalam sesetengah kes, ia mungkin mustahil untuk menangani kejutan budaya. Sesetengah orang tidak mampu menyerap kedalam budaya baru dan kembali kepada budaya asal mereka, sementara sesetengah yang lain menjadi begitu terpesona dengan budaya asing sehinggakan mereka merasakan mereka mesti berpindah kesitu bagi melegakan tekanan.
Menangani kejutan budaya
suntingPengembara yang berpengalaman cenderung untuk lebih baik menangani kesukaran mengembara. Bagi memastikan mereka mempunyai perjalanan yang menarik, mereka boleh[4]:
- Membaca mengenai negara dan kebudayaannya sebelum berlepas. Dengan cara ini, negara dan penduduknya lebih dikenali ketika tiba di sana. Mereka dengan itu lebih memahami perbezaan dalam negara baru dan dengan itu lebih bersedia bagi menanganinya apabila mungkin (contoh, perbezaan dalam kebersihan).
- Elakkan dari berkecil hati, menjadi penduduk tempatan berkecil hati, atau terbabit dalam salah faham kebudayaan lebih lanjut; sebaliknya biasakan diri dengan budaya dan bahasa tempatan.
- Berfikiran terbuka mengenai budaya yang dilawati.
- Ambil masa rehat atau asingkan diri dari pertukaran budaya seketika untuk mengurangkan kejutan menyesuaikan diri.
Pautan luar
sunting- Stories about Cultural Acclamation and Culture shock compiled by The Glimpse Foundation[pautan mati kekal]
- Culture Shock - Adjusting to Life Overseas
- Culture shock In Taiwan
- Culture shock definition on San Diego University Diarkibkan 2005-12-22 di Wayback Machine
- Culture shock term credited to Oberg Diarkibkan 2006-02-15 di Wayback Machine
- Culture Shock discussion forum[pautan mati kekal]
- Expat Relocation and Culture Shock
Rujukan
sunting- ^ Milstein, T. (2005). Transformation abroad: Sojourning and the perceived enhancement of self-efficacy. International Journal of Intercultural Relations. 29, pp.217-238
- ^ Lin, C. (2007). Intercultural sojourning: Self-motivation and ecoshock/reentry ecoshock.Master's thesis (Unpublished). Department of Communications, University of Hawai'i at Manoa.
- ^ Amigos - Culture Shock http://edweb.sdsu.edu/people/CGuanipa/cultshok.htm Diarkibkan 2005-12-22 di Wayback Machine
- ^ Working Abroad Unravelling the Maze http://www.voyage.gc.ca/main/pubs/working_abroad-en.asp