Kek ialah bentuk dewa bagi kegelapan yang wujud sejak asal masa (kkw sm3w<[1] ) dalam kepercayaan asal usul alam semesta Mesir purba. Kek merupakan salah seorang dewa Ogdoad dan dipuja di bandar Hermopolis.

Kek
Kauket (kiri) dan Kek (kanan) bersemayam, ukiran timbul dari sebuah di Deir el-Medina
Pusat kultus utamaHermopolis (sebagai salah satu dewa Ogdoad)
Maklumat peribadi
IsteriKauket

Ogdoad terdiri daripada empat pasang dewa, empat dewa dan isteri-isteri setiap seorang yang serupa. Isteri Kek ialah Kauket.[2][3][4] Kek dan Kauket juga mewakili malam dan siang dalam beberapa aspek. Kek juga dipanggil "pengangkat cahaya" manakala Kauket dipanggil "pengangkat malam".[5]

Nama Kek ditulis dalam hieroglif sebagai kk atau kkwy dengan varian hieroglif langit dalam ligatur dengan tongkat (N2) yang berkait dengan perkataan untuk "kegelapan" kkw.[5]

Sejarah sunting

Templat:Ancient Egyptian religion Dalam gambaran paling tua, Kekui mempunyai kepala ular, dan Kekuit kepala katak ataupun kucing. Dalam satu gambaran, mereka merupakan jelmaan Ka dan Kait; Dalam gambaran ini, Ka-Kekui mempunyai kepala katak dengan kumbang di atasnya dan Kait-Kekuit mempunyai kepala ular dengan cakera di atasnya.[5]

Dalam zaman Yunani-Romawi, jelmaan lelaki Kek digambarkan sebagai lelaki berkepala katak, dan jelmaan perempuan sebagai wanita berkepala ular, sama seperti keempat-empat pasangan Ogdoad.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Hornung, E. (1965). "Licht und Finsternis in der Vorstellungswelt Altägyptens". Studium Generale. 8: 72–83.
  2. ^ Budge, E. A. Wallis (1904a). The Gods of the Egyptians: Or, Studies in Egyptian Mythology. 1. Methuen & Co. m/s. 241, 283–286.
  3. ^ Budge, E. A. Wallis (1904b). The Gods of the Egyptians: Or, Studies in Egyptian Mythology. 2. Methuen & Co. m/s. 2, 378.
  4. ^ Steindorff, Georg (1905). The Religion of the Ancient Egyptians. G. P. Putnam's Sons. m/s. 50.
  5. ^ a b c Budge (1904a).

Pautan luar sunting