Kelalang kon, kelalang Erlenmeyer atau kelalang penitratan merupakan sebuah kelalang makmal yang mempunyai dasar yang rata, badan berbentuk kon dan mempunyai leher silinder. Kelalang ini dinamakan sempena Emil Erlenmeyer (1829-1909), seorang ahli kimia Jerman yang menciptanya pada 1860.[1]

Kelalang kon
Kaedah penggoncangan kelalang kon ketika pentitratan

Rujukan sunting

  1. ^ Emil Erlenmeyer, "Zur chemischen und pharmazeutischen Technik," Zeitschrift für Chemie und Pharmacie, vol. 3 (Januari 1860), 21-22. Beliau menulis bahawa beliau mempamerkan kelalang itu buat pertama kali dalam sebuah persidangan farmaseutikal pada 1857 dan telah merangka perancangan perkilangan dan penjualan komersial oleh syarikat pembuat barangan gelas.