Kemalangan udara di Simunjan 2010

Kemalangan udara di Simunjan 2010 berlaku di kawasan hutan Sungai Ladong Simunjan,, Samarahan, Sarawak pada 24 Januari 2010. Pesawat itu dikatakan terhempas di atas pokok. Juruterbang pesawat itu Stanley Tiong (61) terbunuh. Manakala Dr Ngu Siu Kong, 58, cedera.

Ketua Polis Simunjan DSP Choo Yin Kok menyatakan pihak polis mendapat panggilan penduduk sekitar 9.00 pagi. Mulanya Dr Ngu masih berada dalam pesawat berkenaan pada kira-kira pukul 11 pagi tetapi tiba-tiba beliau terjatuh dari pesawat berkenaan setinggi 100 kaki, menyebabkan beliau mengalami kecederaan.

Gerakan mencari dan menyelamat melibatkan Unit Udara polis, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan helikopter Nuri.Ambulans Pusat Perubatan Angkatan Tentera Pangkalan Udara Kuching membawa mayat mangsa dan doktor ke Jabatan Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) .Kemudian Dr Ngu dibawa ke Pusat Pakar Perubatan Normah.[1]

Mayat Stanley Tiong masih di Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak kerana isteri dan keluarga nya brada di luar negara.[2]

Siasatan sunting

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman menyatakan bahawa pegawai dihantar bagi menentukan sama ada pesawat itu selamat digunakan dan juga kesihatan juruterbang. Dr Ngu terjatuh 30.48 meter dari pesawat yang mulanya tersangkut di atas pokok, berikutan tiupan angin yang kuat kipas pesawat Nuri, milik pasukan bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Rujukan sunting

  1. ^ Pesawat Ringan Terhempas, Juruterbang Maut, Penumpang Cedera
  2. ^ [DCA Buka Siasatan Pesawat Ringan Terhempas Di Sarawak ]