Sitokin (intekrin/kemokin) kecil, seakan interleukin-8
Struktur larutan interleukin-8, sejenis kemokin di bawah subkeluarga CXC
Pengenal pasti
SimbolIL8
PfamPF00048
InterProIPR001811
PROSITEPDOC00434
SCOP3il8
SUPERFAMILY3il8

Kemokin (daripada bahasa Yunani Kuno χῠμείᾱ (khumeíā), bermaksud "alkimia", dan κῑ́νησῐς (kī́nēsis), bermaksud "pergerakan"), atau sitokin kemotaktik, merupakan sebuah keluarga sitokin kecil atau protein pengisyarat yang dirembeskan oleh sel-sel yang mendorong pergerakan berarah leukosit serta lain-lain jenis sel termasuk sel endotelium dan epitelium.[1][2] Selain peranan utamanya dalam pengaktifan tindak balas imun perumah, kemokin adalah penting untuk proses biologi yang termasuklah morfogenesis dan penyembuhan luka, serta dalam patogenesis penyakit seperti kanser.[1][3]

Protein sitokin dikelaskan sebagai kemokin mengikut tingkah laku dan ciri-ciri berstrukturnya. Selain dikenali sebagai pengantara kemotaksis, kesemua kemokin berjisim kira-kira 8-10 kilodalton dan mempunyai empat sisa sistein di lokasi terpelihara yang merupakan kunci untuk pembentukan bentuk 3Dnya.

Protein ini pernah dikenali dengan beberapa nama lain termasuk keluarga sitokin SIS, keluarga sitokin SIG, keluarga sitokin SCY, superfamili atau interkrin faktor Platelet-4. Sesetengah kemokin dianggap pro- radang dan boleh teraruh semasa tindak balas imun untuk merekrut sel sistem imun ke tapak jangkitan, manakala beberapa jenis kemokin lain dianggap bersifat homeostatik dan terlibat dalam mengawal penghijrahan sel semasa proses normal penyelenggaraan atau perkembangan tisu. Kemokin terdapat dalam semua haiwan vertebrata, beberapa jenis virus dan beberapa jenis bakteria, tetapi tiada satu pun ditemui dalam makhluk invertebrata lain.

Kemokin telah dikelaskan kepada empat subkeluarga utama: CXC, CC, CX3C dan C. Kesemua protein ini memberikan kesan biologinya dengan berinteraksi dengan reseptor antara membran berkaitan protein G yang dikenali sebagai reseptor kemokin, yang secara selektifnya ditemui pada permukaan sel sasarannya.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Raman, Dayanidhi; Sobolik-Delmaire, Tammy; Richmond, Ann (2011-03-10). "Chemokines in health and disease". Experimental Cell Research (dalam bahasa Inggeris). 317 (5): 575–589. doi:10.1016/j.yexcr.2011.01.005. ISSN 0014-4827. PMC 3063402. PMID 21223965.
  2. ^ Charo, Israel F.; Ransohoff, Richard M. (2006-02-09). "The Many Roles of Chemokines and Chemokine Receptors in Inflammation". New England Journal of Medicine. 354 (6): 610–621. doi:10.1056/NEJMra052723. ISSN 0028-4793. PMID 16467548.
  3. ^ Davenport, R. D. (2009). "An introduction to chemokines and their roles in transfusion medicine". Vox Sanguinis (dalam bahasa Inggeris). 96 (3): 183–198. doi:10.1111/j.1423-0410.2008.01127.x. ISSN 1423-0410. PMID 19076338. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  4. ^ "Chemokines and neuromodulation". Journal of Neuroimmunology. 198 (1–2): 62–8. July 2008. doi:10.1016/j.jneuroim.2008.04.022. PMID 18538863.

Pautan luar sunting