Kenyataan bersyarat

Kenyataan bersyarat, dalam pengaturcaraan komputer, merujuk kepada blok kod sesebuah kod sumber atur cara dalam bahasa pengaturcaraan yang akan melaksanakan sesuatu pengiraan atau tindakan jika sesuatu syarat dipenuhi.

Contoh blok kod kenyataan bersyarat dalam C ialah

int i = 5;

if (i > 3) {
    printf("Lebih daripada tiga.");
}

Kod di atas boleh di baca sebagai

INTEGER i SAMADENGAN 5

JIKA i LEBIHDARIPADA 3
    MAKA CETAK "Lebih daripada tiga."

Kenyataan bersyarat boleh mencapai lebih daripada satu syarat dengan hadirnya kenyataan IF-ELSE (jika-sebaliknya) dan IF-ELSEIF-ELSE (jika-sebaliknyajika-sebaliknya). Contohnya dengan pseudokod berikut

INTEGER i SAMADENGAN 5

JIKA i LEBIHDARIPADA 3
    MAKA CETAK "Lebih daripada tiga."
SEBALIKNYAJIKA i KURANGDARIPADA 3
    MAKA CETAK "Kurang daripada tiga."
SEBALIKNYA
    CETAK "Sama dengan tiga."

Untuk kenyataan bersyarat yang mempunyai peringkat yang banyak, biasanya sesebuah bahasa pengaturcaraan memiliki ciri kenyataan switch.

Lihat jugaSunting