Kereta kebal Wap
Kereta kebal Wap bertrek merupakan reka bentuk kereta kebal awal Amerika Syarikat dengan rekaan tahun 1918 meniru reka bentuk kereta kebal Mark IV British tetapi didorong oleh wap.
Kereta Kebal Wap Kor Jurutera Tentera Amerika Syarikat (“US Army Corps of Engineers Steam Tank”) | |
---|---|
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Spesifikasi | |
Berat | 50.8 t |
Panjang | 10.6 m |
Lebar | 3.8 m |
Tinggi | 3.2 m |
Krew | 8 |
Armor | 13 mm |
Senjata pertama | penyembur api |
Senjata kedua | empat mesingan |
Enjin | 2 enjin wap 500 kuasa kuda (373 kW) |
Kuasa/berat | 9.8 hp/tan |
Sistem ampaian | unsprung |
Jarak operasi | ? |
Kelajuan | 6 km/h |
Jenis ini direka oleh pegawai dari Kor Jurutera Tentera Amerika Syarikat. Projek ini dimulakan oleh Jeneral John A. Johnson dengan bantuan Syarikat Endicott and Johnson Shoe dan pembiayaan oleh bank Boston Phelan and Ratchesky (ia menelan belanja $60,000). Pakar dipanggil masuk dari Syarikat Stanley Motor Carriage di Watertown, Massachusetts, yang menghasilkan kereta wap. Enjin dan dandang dua Unit Gerabak di bina di dalam. Projek kenderaan sebelumnya menggunakan enjin wap kerana enjin petrol tidak cukup berkuasa;; Bagaimanapun kereta kebal Wap menggunakan enjin wap dengan sebab utamanya adalah ia bertujuan menyembur api khas bagi menyerang kubu kecil (“pillboxes”) dan reka bentuk asal senjata ini memiliki pendorong wap. Ketika peranti utama sedang membina tekanan yang mencukupi, enjin sokongan gasoline menghasilkan 35 hp (26 kW), dua enjin wap 2-silinder dengan kuasa gabungan 500 hp (370 kW) tinggal, setiap enjin memancu satu trek bagi memberi kelajuan maksima 4 mph (6 km/j). Sistem gander membenarkan dua kelajuan kehadapan dan dua kelajuan kebelakang. Enjin wap menggunakan minyak tanah sebagai bagi bahan api.
Penyembur api terletak di kabin hadapan, memiliki jarak 90 kaki (27 m); tambahan lagi terdapat empat mesingan 0.30 inci, dua di sponson di kedua belah. Panjang kenderaan adalah 34 kaki feet 9 inci, lebar 12 kaki 6 inci dan ketinggian 10 kaki 4.5 inci. Terknya adalah selebar 24 inci. Setiap bingkai trek membawa paku pembersih Lumpur, kadang-kala disalah tafsir sebagai batang pelantak. Kereta kebal ini memiliki berat sekitar lima puloh tan pendek. Anggaran terdapat kaki-tangan seramai lapan orang, dengan tanggapan terdapat komander, pemandu, pengoperasi penyembur api, mekanik dan empat juru mesingan.
Hanya satu disiapakan di Boston dan dipamerkan pada April 1918, dan menyertai dalam beberapa perarakan, pernah pada satu masa ia rosak dihadapan umum. Prototaip ini kemudiannya dihantar ke Perancis pada bulan Jun untuk ujian— dengan publisiti besar-besaran bagi menaikan moral pihak Berikat— dan digelar America. Muncung penyembur api dialih ke turret berputar di bahagian atap kabin. Terdapat juga projek Kenderaan Tempur Berperisai kuasa wap (Kereta kebal Wap beroda) yang tidak menggunakan trek, tetapi tiga roda, dengan itu namanya "(Trek)" atau "(Penghampar trek)". Reka bentuk ini mengabung masalah penyejuk serius dengan kelemahan merbahaya akibat dua dandang wapnya dan simpanan bahan api yang banyak yang diperlukan bagi memanaskan dua enjin utama dan menyuap kedua-dua enjin sokongan dan penyembur api.