Keruntuhan jambatan Morbi

Pada 30 Oktober 2022, Jhulto Pul, sebuah jambatan gantung pejalan kaki di Morbi, Gujarat, India, yang menyeberangi Sungai Machchhu runtuh, mengakibatkan 135 orang maut.[3] Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) memulakan operasi menyelamat serta-merta, kemudian disertai oleh Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara India.[4]

Keruntuhan jambatan Morbi
Jambatan Jhulto Pul; 2008
Tarikh30 Oktober 2022 (2022-10-30)
Masa6:40 p.m. IST (UTC+5:30)
LokasiMorbi, Gujarat, India
Koordinat22°49′06″N 70°50′34″E / 22.81833°N 70.84278°E / 22.81833; 70.84278Koordinat: 22°49′06″N 70°50′34″E / 22.81833°N 70.84278°E / 22.81833; 70.84278
Kematian136[1]
Kecederaan100+[2]

Latar belakang sunting

Jhulto Pul [gu] ialah sebuah jambatan gantung jalan kaki sepanjang 230 meter yang dibina ketika zaman British pada abad ke-19.[5][6] Jambatan ini dibuka pada 20 Februari 1879.[7]

Jambatan itu telah ditutup selama dua tahun sebelum kejadian dan dibuka semula selepas pengubahsuaian pada 26 Oktober 2022 sempena Tahun Baharu Gujarat. Ketua pegawai perbandaran itu, yang telah memberikan kontrak untuk pembaikan selepas gempa bumi 2001, berkata firma swasta yang bertanggungjawab bagi pengubahsuaian itu "membuka jambatan itu kepada pelawat tanpa memberitahu kami dan oleh itu, kami tidak dapat mendapatkan audit keselamatan terhadap jambatan."[7] Ia telah ditutup demi pembaikan selama enam bulan.[5] Jambatan itu dimiliki oleh perbandaran Morbi yang menandatangani kontrak dengan amanah swasta Oreva bagi tujuan penyelenggaraan dan operasi beberapa bulan sebelumnya.[7][8] Empat hari selepas pembukaan, jambatan itu runtuh.[9]

Kejadian sunting

Pada 30 Oktober 2022, jam 6:40 petang, jambatan itu runtuh dengan beratus-ratus di atas jambatan pada masa itu. Seramai 135 orang dilaporkan mati, dan lebih 180 orang telah diselamatkan, dengan ramai orang masih hilang.[10] Lima pasukan NDRF memulakan operasi menyelamat.[11] Kemudian mereka disertai oleh pihak tentera negara.[4] Polis, tentera dan pasukan tindak balas bencana telah dikerahkan untuk operasi menyelamat.[12]

Kerajaan India dan Kerajaan Gujerat mengumumkan ex gratia masing-masing 2 lakh (AS$3,000) dan 4 lakh (AS$5,900) kepada waris mangsa terkorban dan 50,000 (AS$740) kepada yang cedera.[4][13]

Siasatan sunting

Jawatankuasa lima anggota itu dibentuk oleh pemerintah Gujarat untuk menyiasat dan menentukan puncanya.[13][14]

Laporan awal telah difailkan terhadap agensi penyenggaraan dan pengurusan jambatan di bawah Seksyen 304 (pembunuhan bersalah bukan sengaja), 308 (perbuatan sengaja menyebabkan kematian) dan 114 (penyubahat hadir apabila kesalahan dilakukan).[13][12]

Menurut laporan awal, selepas pembaikan, jambatan itu dibuka semula lebih awal daripada jadual asal, tanpa sijil kelayakan oleh pihak berkuasa sivik. Ia mempunyai lebih daripada 500 orang, jauh melebihi kapasiti maksimum 125 orang.[15]

Ahli Parlimen Mohan Kundariya berkata beliau percaya puncanya ialah lebihan beban.[6] Jurucakap pengendali Oreva Group memberitahu akhbar The Indian Express bahawa nampaknya terlalu ramai orang berada di bahagian tengah jambatan itu "cuba mengayunkannya".[16]

Rujukan sunting

  1. ^ "Morbi suspension bridge collapse death toll mounts to 132; more bodies fished out of river". Times Of India. IndiaTimes. Dicapai pada 31 Oktober 2022.
  2. ^ "Gujarat bridge collapse live updates: Over 60 dead as recently renovated bridge collapses in Morbi, several feared trapped". The Times of India.
  3. ^ "Gujarat Morbi bridge collapse, accident news today: Death toll rises to 135; rescue operation underway". Zee Business. 2022-10-31. Dicapai pada 2022-10-31.
  4. ^ a b c "Morbi bridge collapse updates: Army, Air Force and Navy join NDRF for rescue ops". Hindustan Times (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-30. Dicapai pada 2022-10-31.
  5. ^ a b Khanna, Sumit (2022-10-30). "At least 40 killed in India bridge collapse, state minister says". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-30.
  6. ^ a b "Recently renovated cable bridge collapses in Gujarat, several injured: Top developments". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). 30 Oktober 2022. Dicapai pada 2022-10-30.
  7. ^ a b c "Gujarat: Suspension bridge collapses in Morbi, more than 125 dead". The Indian Express (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-30. Dicapai pada 2022-10-30.
  8. ^ "5 Facts About Old Bridge In Gujarat That Collapsed". NDTV. 31 Oktober 2022.
  9. ^ "Hundreds plunge into the river after India bridge collapses". BBC News. BBC. 30 Oktober 2022.
  10. ^ "Gujarat Morbi bridge collapse, accident news today: Death toll rises to 135; rescue operation underway". Zee Business. 2022-10-31. Dicapai pada 2022-10-31.
  11. ^ https://www.ndtv.com/india-news/death-count-in-gujarat-bridge-collapse-climbs-to-130-177-rescued-so-far-3475418/amp/1
  12. ^ a b "India bridge collapse: Death toll rises to 132, many still missing". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-30. Dicapai pada 2022-10-31.
  13. ^ a b c "Morbi bridge collapse: Toll rises to over 140, probe on". cnbctv18.com (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-31. Dicapai pada 2022-10-31.
  14. ^ "अब तक 132 की मौत, मेंटिनेंस कंपनी के खिलाफ एफआईआर दर्ज, SIT करेगी जांच". Amar Ujala (dalam bahasa Hindi). Dicapai pada 2022-10-31.
  15. ^ https://www.ndtv.com/india-news/exclusive-gujarat-bridge-reopened-in-7-months-in-clear-contract-violation-3475840/amp/1
  16. ^ ""Some People Shook Bridge Intentionally": Gujarat Family's Narrow Escape". NDTV. 31 Oktober 2022.