Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (Universiti Malaya Student Union) ialah kesatuan pelajar rasmi Universiti Malaya. Ia lebih dikenali sebagai KMUM dalam bahasa Melayu atau UMSU dalam bahasa Inggeris. KMUM ditubuhkan untuk mewakili pelajar Universiti Malaya dalam membuat keputusan universiti, beritndak sebagai suara bagi pelajar dalam pernbahasan dasar pengajian tinggi negara, dan untuk menyediakan perkhidmatan terus kepada badan pelajar. Presiden untuk tahun akademik 2023 - 2024 ialah Nur Nazirah binti Abdullah.

Logo Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM)

Sejarah sunting

Zaman Pra-kemerdekaan (KMUM Universiti Malaya, Singapura) sunting

Sejarah KMUM boleh dijejak sejak zaman penubuhan Universiti Malaya di Singapura pada tahun 1949. Pada permulaannya, pelajar adalah lebih teka terhadap isu berkaitan kampus berbanding isu politik. Sebagai contoh, mogok pelajar pertama yang ketara dan tidak berjaya, berlaku pada tahun 1924 apabila pelajar Kolej Perubatan King Edward VII tidak berpuas hati dengankualiti yang kurang baik penyeliaan di asrama. Sebahagian besarnya Fakulti kakitangan Eropah lebih suka berkecuali politik dan aktivisme politik pelajar terhad kepada tidak lebih daripada perbincangan. Pelajar, bagaimanapun, diberi kebebasan untuk meneruskan aktiviti kokurikulum - seperti sukan, perbahasan dan sastera – dan menerbitkan penerbitan bukan politik. KMUM, yang ditubuhkan pada tahun 1949, dianggap sebagai "tumpuan kehidupan mahasiwswa di dalam kampus". Sekepas penubuhan Akta Universiti pada tahun 1961, setiap pelajar baru akan secara automatik disertai sebagai ahli KMUM dan dikehendaki membayar yuran keahlian. KMUM mempunyai sumber kewangan yang tersendiri dan diberikan sebuah bangunan oleh pihak universiti. Selain itu, KMUM ketika itu adalah berkerajaan sendiri, dengan mempunyai sebuah Majlis Mahasiswa yang selanjutnya membentuk Majlis Eksekutif KMUM. KMUM juga menyediakan perkhiamatan instrumental seperti penginapan bantuan, pengeluaran pinjaman kecemasan, menyediakan pendidikan politik, dan sebagai penyampai maklumat antara pelajar dan pentadbir.

Zaman Pasca-kemerdekaan sunting

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, satu idea telah tercetus antara kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan Singapura untuk membina dua universiti kebangsaan. Justeru, pada tahun 1961, Kerajaan Persektuan Tanah Melayu dan Singapura telah meluluskan satu undang-undang untuk membahagikan Universiti Malaya menjadi dua universiti kebangsaan. Universiti Malaya di Kuala Lumpur mengekalkan namanya manakala Universiti Singapura ditubuhkan di tapak Universiti Malaya di Singapura.[1] Aktivisme mahasiswa di UM pada mulanya berpusat dalam peringkat hal dalaman kampus. Misalnya, pelajar UM secara terbuka menuntut pembinaan masjid di kampus dan membantah keengganan polis untuk meluluskan permit pengajuran program kampus. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar akhirnya akan mengambil bahagian secara aktif dalam isu-isu luar - daripada perpaduan dengan petani luar bandar ke acara antarabangsa – menjadikan 1960-an hingga 1970-an zaman kemuncak aktivisme pelajar di sejarah Malaysia.[2]

Pada tahun 1967, berlakunya penindasan kerajaan terhadap petani yang miskin atas isu tanah di Teluk Gong, Klang. KMUM dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) pada ketika itu telah menyokong petani Teluk Gong secara terbuka. Petani telah dijemput untuk menyatakan masalah mereka di Speaker's Corner Universiti Malaya.[3]

Pada tahun 1974, KMUM juga meyokong buruh penoreh getah di Tasek Utara yang mengalami inflasi yang tinggi tetapi harga getah yang rendah. Namun, seramai 48 orang telah ditangkap susulan protes ini, di mana 7 orang ialah pelajar UM. Presiden KMUM Kamarazaman Yacob, pada ketika itu, telah mengambil tindakan untuk membuat protes di Jabatan Perdana Menteri di Kuala Lumpur. Mengalami tindakan balas polis, Kamarazaman telah menubuhkan Majlis Tertinggi Sementara untuk mengawalkan universiti. Tindakan yang telah dibuat pada masa itu termasuk menghentikan semua kelas, mengawal pejabat Naib Canselor, dan menguruskan logistik makanan, keselamatan, komunikasi, dan publisiti. Selepas 6 jam pengawalan, Majlis Tertinggi Sementara telah dibubarkan dan susulan itu KMUM telah digantungkan. [2]

Namun, selepas peristiwa 13 Mei, Akta Univerisiti dan Kolej Univerisiti 1971 telah digubalkan untuk menyekatkan hak-hak mahasiswa di Malaysia. Mengikuti peruntukan AUKU, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya untuk ditukar nama kepada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) dan kuasanya telah merosot. Dalam konteks AUKU, MPPUM cuma memainkan peranan perwakilan pelajar dan tidak berhak untuk menyertai dalam sebarang perbincangan keputusan pihak universiti. Hal ini menjadikan kepentingan pelajar tidak diwakili dalam sebarang polisi pihak universiti.

Zaman selepas Pilihan Raya Umum tahun 2018 sunting

Selepas penukaran parti pemerintah pada tahun 2018, MPPUM buat pertama kali telah dimenangi oleh gerakan Suara Siswa di UM. Selepas majlis eksekutif dibentuk, majlis eksekutif telah mengambil keputusan untuk mengubahkan nama MPPUM kepada Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) untuk menunjukkan dedikasi mahasiswa dalam penuntutan demokrasi mahasiswa. [4]

Senarai pimpinan (2018-kini) sunting

Sesi Akademik Presiden Timbalan Presiden I Timbalan Presiden II
2019/2020 Akmal Hazieq

(Fakulti Pendidikan)

Yap Wen Qing

(Fakulti Sains)

Muhammad Haziq Azfar

(Fakulti Undang-undang)

2020/2021 Muhammad Haziq Azfar

(Fakulti Undang-undang)

Lim Ping An

(Fakulti Kejuruteraan)

Khairul Ameen

(Fakulti Perubatan)

2021/2022 Wan Afiq Ikhwan

(Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran)

Tan Wen Kang

(Fakulti Pendidikan)

Rusdi Bhaharuddin

(Fakulti Kejuruteraan)

2022/2023 Ooi Guo Shen

(Fakulti Undang-undang)

Arvinkumar Mohan

(Fakulti Undang-undang)

Jawatan dikosongkan
2023/2024 Nur Nazirah Binti Abdullah

(Fakulti Sosial dan Sastera)

Muhammad Syafiq

(Fakulti Sains)

Ahmad Syakir

(Fakulti Pendidikan)

Rujukan sunting

  1. ^ "Universiti nasional tahun hadapan". Berita Harian. 6 Oktober 1961. m/s. 1. Dicapai pada 13 Jun 2018.
  2. ^ a b Imagined-Malaysia_Chapter-5_Findings-Summary-and-Recommendations.pdf (rakyatandrights.my)
  3. ^ https://idealis-mahasiswa.tripod.com/artikel-harian/jan2002/11jan02.html
  4. ^ http://www.myumsu.com/history.html