Khaenak: Serangan Pocong

Khaenak: Serangan Pocong (digayakan sebagai Kha3nak: Serangan Pocong) ialah filem seram Malaysia 2021 arahan Emma Kasmuri dengan skrip oleh Ahmad Abila Ariffin terbitan KCTV Network & Broadcasting. Filem ini merupakan kesinambungan daripada dua filem Khaenak yang mendapat sambutan di saluran YouTube KCTV dan dijangka akan ditayangkan pada 11 November 2021 di Astro First.[1][2]

Khaenak: Serangan Pocong
PengarahEmma Kasmuri
PenulisAhmad Abila Ariffin
Dihasilkan olehEmma Kasmuri
Dibintangi
Disunting oleh
  • Sufian Bakar
  • Hilal Ayub
  • Luqman Faizal
Syarikat
penerbitan
KCTV Network & Broadcasting
Tarikh tayangan
11 November 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Kisah berlatar belakangkan sebuah kampung di pinggir bandar, di mana pelbagai kejadian mistik telah berlaku di kampung berkenaan, tetapi berjaya diselesaikan dengan kesepakatan penduduk kampung dipimpin oleh Tok Penghulu.

Seorang komposer terkenal dari Kuala Lumpur, Apak datang bercuti di kampung bersama isterinya, Yana untuk mencari ilham bagi menghasilkan lagu terbaru. Yana mula memujuk Apak untuk membeli barang kemas selepas diperli oleh Mek Som dan Cik Ani.

Kemudian beberapa perkara aneh mula berlaku di kampung tersebut apabila penduduk kampung mula diganggu dengan kehadiran pocong; ada yang diganggu ketika memandu, ada yang diganggu dengan ketukkan pintu dan diganggu semasa tidur.

Pelakon sunting

  • Harry Khalifah sebagai Apak
  • Diana Ezety sebagai D’Yana
  • Kamarool Haji Yusoff sebagai Tok Bomoh
  • Hushairy Hussein sebagai Dukun Siam
  • Along PM sebagai Pok Leh Agogo
  • Amin AR sebagai Amin Gagap
  • Shan Jeevan sebagai Sanjay
  • Ryezal Apak sebagai Pocong
  • Daddy Abila sebagai Tok Penghulu
  • Abe Mat Ngepek sebagai Pengurus Kedai Emas
  • Lah Hero sebagai Lelaki Buta/Malek
  • Nurul Nabilah sebagai Cik Ani
  • Eyija Kasmuri sebagai Mek Som
  • Sufian Bakar sebagai Pian Kiting
  • Hafis Mustaffar sebagai Pemandu Van Jenazah 1
  • Bob Hazzely Hussain sebagai Pemandu Van Jenazah 2
  • Hamizai Hamid sebagai Isteri Dukun Siam
  • Afiq Afham sebagai Jurujual Kedai Emas

Penerbitan sunting

Untuk filem ini, menurut pengarahnya Emma Kasmuri, filem ini berbeza dengan dua filem sebelumnya dan pada mulanya ia menelan belanja sebanyak RM50,000 sahaja, kemudian meningkat kepada RM150,000. Tajuk asal filem ini ialah Khaenak 3, kemudian digantikan angka ‘3’ itu dan menggunakan judul Khaenak: Serangan Pocong.[3][4]

Sepanjang proses penggambaran, mereka berdepan dengan beberapa perkara mengejutkan di lokasi penggambaran. Menurut Emma, “Ketika hari kedua penggambaran, sewaktu babak buka ikatan tali pocong dilakukan ketika pukul 12.00 tengah malam, pelakon yang membawakan watak pocong itu tiba-tiba pengsan. Saya ada di lokasi kejadian ketika itu, dan melihat sendiri apa yang berlaku. Pelakon terlibat pengsan sehingga muka dia tersembam ke tanah. Kemudian, pelakon utama iaitu Apak juga turut mengalami kejadian aneh ketika babak menunggu pocong atas motor, Apak terasa seolah ada yang menarik kakinya".[5][6]

Keluaran sunting

Khaenak: Serangan Pocong dijangka akan dikeluarkan pada 11 November 2021 di Astro First.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Pengarah 'Khaenak: Serangan Pocong' Minta Jangan Nilai Filem Dari Poster Sahaja". Suka Filem. 4 November 2021. Dicapai pada 7 November 2021.
  2. ^ ""Khaenak: Serangan Pocong" Akan Ditayangkan di Saluran Astro First 11 November Ini". Kakimuvee. 1 November 2021. Dicapai pada 7 November 2021.
  3. ^ Aqmar Mustaza (3 November 2021). "'Terasa seolah ada yang menarik kakinya…' – Pengarah kongsi kisah mistik di lokasi penggambaran Khaenak : Serangan Pocong". Sinar Harian. Dicapai pada 6 November 2021.
  4. ^ "Pengarah dedah kejadian aneh, siap kena tarik kaki…". Satu Berita. 5 November 2021. Dicapai pada 7 November 2021.
  5. ^ Asraf Adied (2 November 2021). ""Pelakon pengsan tersembam, ada kena tarik kaki" - Pengarah Khaenak: Serangan Pocong dedah gangguan di set penggambaran". Astro Gempak. Dicapai pada 7 November 2021.
  6. ^ ""Pelakon utama alami kejadian aneh, terasa seolah kaki ditarik…" - Pengarah Khaenak: Serangan Pocong buka cerita set 'shooting' diganggu". Utusan TV. 3 November 2021. Dicapai pada 7 November 2021.
  7. ^ Subky Hj. Bebit (2 November 2021). "'Khaenak: Serangan Pocong' Akan Ditayangkan Di Saluran Astro First". Kelkatu TV. Dicapai pada 6 November 2021.