Slam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 15:
 
==Sejarah Awal (1993-1994)==
Kumpulan Slam telah ditubuhkan di [[Johor Bahru]], [[Johor]] oleh [[Shah Nizam Abdul Halim|Shah Nizam bin Abdul Halim (Shah)]], bekas pemain gitar kumpulan [[Exists|Exist]] (kini Exists) pada tahun 19931991. Shah yang berperanan sebagai ketua kumpulan memberitahu kegagalan beliau bersama Exist dan
sokongan penuh daripada Allahyarham [[Rahim Othman]], seorang komposer terkenal tanah air serta Johan Aziz, bekas pengurus Exist di Jojo's Production dahulu telah menjadi inspirasi ke arah terbentuknya Slam. Di Johor Bahru, Shah berjaya mengumpulkan 3 orang pemuzik iaitu Abdul Razak Bajuri (Ajak - Gitar), Othman Khalid (Man - Dram) dan Noor Azli Masrani (Lili - Bass) untuk bersama-sama memperjuangkan muzik rock mengikut selera mereka tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Ketika ini mereka menggunakan nama FIX sebagai nama kumpulan pada tahun 1991. Mereka kemudiannya menjalankan ujibakat bagi mencari penyanyi biarpun ketika itu FIX terlebih dahulu mendapat empat orang penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal tersendiri. Bagaimanapun jodoh FIX dengan penyanyi-penyanyi tersebut tidak panjang kerana mereka masih mencari keserasian. Mereka mempunyai perancangan yang menarik dalam industri muzik dan kerana itulah, mereka mahukan penyanyi yang sesuai dan mempunyai visi yang baik bagi mendukung wawasan mereka.
 
Sewaktu proses rakaman album pertama mereka pada 1993 sedang dijalankan, Shah terpaksa mengenepikan vokalisnya gara-gara suara tidak mencapai tahap yang dikehendaki sewaktu mendendangkan lagu ''Nina'' ciptaan Rahim Othman. Mereka terpaksa menangguhkan pembikinan album pertama dengan membuka peluang kepada vokalis-vokalis baru yang ingin mencuba nasib dengan Slam. Ujibakat telah diuruskan bersama oleh pihak pengurusan Johan Sound Production (kini dikenali sebagai Johan Music). Atas cadangan Acong [[Kumpulan Sweet Child|Sweet Child]], akhirnya mereka ditemukan dengan seorang pemuda yang bernama [[Zamani Ibrahim]] yang merupakan anak jati Keramat, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, Zamani baru berusia 22 tahun dan bekerja sebagai kerani di salah sebuah bank terkemuka di tempatnya. Keunikan dan kemerduan suaranya jelas memukau pihak pengurusan dan anggota kumpulan yang lain. Namun begitu, beliau sendiri masih berbelah bahagi untuk menjadikan nyanyian sebagai kariernya apatah lagi untuk bergerak dalam satu kumpulan pada ketika itu. Namun akhirnya, beliau memutuskan untuk terus bersama Slam kerana merasakan dirinya sesuai dengan identiti muzik yang ingin dibawa Slam. Zamani yang dianugerahkan bakat semulajadi dan seraut wajah keanak-anakan dijangka akan membuat peminat tidak puas memandangnya.