Slam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 31:
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Album kedua mereka yang diberi judul ''[[Kesan Terbukti]]'' ternyata mengubah nasib kumpulan Slam apabila album ini berjaya meletakkan mereka sebaris dengan kumpulan-kumpulan muzik gergasi tanah air dari segi jualan, kualiti dan populariti. Album ini meletup di pasaran sekaligus nama Slam tiba-tiba sahaja menjadi sebutan di kalangan peminat muzik tempatan sementara di Indonesia, album ini dipasarkan dengan judul ''Tak Mungkin Berpaling''. Lebih membanggakan apabila 5 single di dalam album ini berjaya menguasai carta radio seluruh [[Nusantara]]. Lagu ''Kembali Terjalin'', ''Tak Mungkin Berpaling'', ''Nur Kasih'' dan ''Bukan Niat Membalas Derita'' merupakan rangkaian lagu-lagu hits nombor satu petikan album ini. Sebuah lagi lagu mereka, ''Manisnya Rindu'' juga memberi impaknya yang tersendiri. Album ini menjadi antara album terbanyak melahirkan single di kedudukan nombor 1 di Malaysia dan Indonesia. Ramai yang menyifatkan lagu ''Tak Mungkin Berpaling'' adalah lagu yang benar-benar mencerminkan identiti muzik yang ingin dibawa oleh Slam selama ini. Segalanya berbaloi apabila album ''Kesan Terbukti'' mencecah angka 300,000 unit di pasaran Malaysia & Singapura dan terjual lebih 2 juta unit di Indonesia. Hal ini telah melayakkan Slam menerima anugerah platinum berkembar dari syarikat rakaman mereka. Kejayaan album ini juga membawa kepada pertambahan anggota di mana Eddie yang sebelum ini merupakan pemuzik undangan akhirnya diserap masuk sebagai anggota tetap Slam.
 
Slam seterusnya mengeluarkan album kompilasi ''[[Terbaik Slam]]'' pada penghujung 1995 sebagai bekalan sementara menunggu proses rakaman album ketiga mereka selesai. Ternyata ketiga-tiga lagu bonus petikan album kompilasi tersebut mengungguli carta, terutama sekali lagu ''Gerimis Mengundang'' yang menjadi lagu paling popular pada tahun 1996 sehingga pernah dirakam dalam 2430 versi saduran oleh penyanyi pelbagai negara dan bahasa serta layak ke peringkat akhir [[Anugerah Juara Lagu|AJL]] dan [[Anugerah Industri Muzik|AIM]]. Lagu ciptaan Saari Amri ini menjadi antara 3 lagu Melayu paling masyhur dalam sejarah muzik Nusantara. bersama dengan lagu isabella dan suci dalam debu,Terdapat parodi dan filem yang diterbitkan berdasarkan lagu ini. Dua buah lagi lagu yang hits daripada album yang terjual lebih 200,000 unit ini ialah ''Kurnia'' dan ''Jalan Keindahan''.
 
Album ketiga mereka yang berjudul ''[[Kembali Merindu]]'' telah berada di pasaran pada pertengahan tahun 1996. Dalam album ini, Slam telah membuat pembaharuan yang drastik ke arah memantapkan lagi muzik mereka. Mereka mulai sedar dimana ''target'' Slam untuk mencapai tahap tertinggi dalam industri muzik sudah semakin hampir untuk digapai. Hasilnya mereka meraih kejayaan sekali lagi menerusi single popular seperti ''Jika Kau Rasa Getarnya'', ''Kita Terpaksa Bermusuhan'' dan ''Kembali Merindu''. Album ini juga terjual lebih 250,000 unit di Malaysia dan 700,000 unit di Indonesia. Mengekori kejayaan ini ialah sebuah konsert berskala mega yang dijayakan oleh Slam, [[Slam Live Concert Unplugged]] pada 3 Ogos 1996 diiringi orkestra di bawah pimpinan Dato' [[Ramli M.S.]] di Stadium Negara hingga membawa kejayaan besar apabila Slam diiktiraf dengan Anugerah Kembara dan Zamani diiktiraf sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Di Dalam Album (Lelaki) menerusi album ''[[Slam Live Concert Unplugged]]'' (1996) di [[Anugerah Industri Muzik]] ke-4 pada tahun 1997,pada tahun 1996 jugak slam menerima anugerah artis pasti popular di anugerah muzik indonesia