Idan Aedan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
k A link was set from MyEG
Teg: Dibalikkan
Baris 12:
'''Muhammad Shahidan Abdullah''' atau lebih dikenali sebagai '''Idan Aedan''' (lahir 2 Julai 2004) ialah seorang pelakon dan pengacara televisyen Malaysia. Idan memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama seawal usia 10 tahun setelah memenangi rancangan realiti [[TV3]], ''Over The Top''.
 
Idan kemudiannya mendapat peranan-peranan kecil dalam drama, tv komersial, dan penyampai/hos rancangan televisyen seperti watak anak kepada askar Myanmar dalam filem ''[[:en:Operation_Mekong|Operation Mekong]]'' (2016) dan video korporat untuk syarikat seperti [[Garena]], Skyworld, Kiko, [[Schlumberger]], dan banyak lagi. Idan kemudian menceburi bidang lakonon di layar perak melalui watak kecil-kecilan dalam telemovie ''[[Pulang (filem)|Pulang]]'' (2015), Filem Pendek [[MyEG]] Raya ''Khilaf'' (2015), ''Jalan Belakang Rumah'' (2016), ''Supersains'' (2017), ''[[Anak Merdeka]]'' (2017), ''[[Oh My English! (siri TV)|Oh My English]]'' (2017), ''Juan'' (2017), ''Luar Biasa'' (2017), ''[[The Bridge]]'' (2018), ''[[Jibril (drama)|Jibril]]'' (2018), ''Genk Mak Mak'' (2019), ''[[Wizards of Warna Walk|Disney Wizards of The Warna Walk]]'' (2019), ''[[Kerana Korona]]'' (2020), ''[[Zombitopia]]'' (2021). Idan juga telah berjaya membuktikan bakat lakonannya melalui watak utama dalam pelbagai siri televisyen seperti ''[[Astro Ceria]] [[SMK (Siri TV)|SMK]] Siri'' (2020), siri [[Netflix]] [[Mr. Midnight: Beware the Monsters|Mr Midnight]] (2022)<ref>https://www.imdb.com/title/tt22530632/</ref>, ''Filem [[Anak Rimau The Movie|Anak Rimau]]'' (2022)<ref>https://www.imdb.com/title/tt21849424/</ref>, pelbagai watak utama dalam video korporat dan tv komersial untuk syarikat seperti [[Milo (minuman)|Milo]], [[Perbadanan Kemajuan Multimedia|MDEC]], KBS, Kementerian Perumahan, dan watak-watak dalam filem pendek.
 
== Kehidupan awal ==