Kerajaan dunia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34:
==Sistem pentadbiran sejagat kini==
 
[[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] (PBB) adalah oranisasi utama yang mengkoordinasi aktiviti diantara negara secara global dan satu-satunya organisasi inter-kerajaan dengan keanggotaan yang benar-benar sejagat (191 kerajaan). Di samping organ-organ, program-program kemanusiaan dan suruhanjaya PBB itu sendiri, terdapat 20 organisasi lain yang dikaitkan dengan Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) seperti [[Pertubuhan Kesihatan Sedunia]] (WHO) [[Organisasi Buruh Antarabangsa]] (ILO) dan [[Kesatuan Telekomunikasi Dunia]] (ITU) ([http://www.un.org/aboutun/chartlg.html chart]). Yang menarik perhatian adalah [[Dana Kewangan Antarabangsa]] (IMF) dan [[Pertubuhan Perdagangan Sedunia]] (WTO).
 
[[Bank Dunia]] dan [[Dana Kewangan Antarabangsa]] (IMF) ditubuhkan secara bersama di Bretton Woods, New Hampshire, Amerika Syarikat pada tahun 1944 untuk berkerjasama dalam hal kewangan dan untuk membasmi kemiskinan dengan memberikan bantuan kewangan kepada negara-negara yang memerlukannya. [[Pertubuhan Perdangangan Sedunia]] [[WTO]]. menentukan peraturan perdagangan antara negara. Ia sudah pun mempunyai badan perundangan sendiri (Majlis Am, yang mencapai kata sepakat secara konsensus) dan badan kehakiman (Badan Penyelesaian Pertikaian). Satu lagi organisasi antarabangsa ekonomi yang mempunyai pengaruh adalah [[Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi]] (OECD) dengan keanggotaan ahli sebanyak 30 negara.
 
Satu lagi organisasi yang kurang formal tetapi amat berpengaruh dalam politik global adalah [[G8]] atau Kumpulan Lapan, satu persatuan lapan daripada negara-negara paling kaya dan berteknologi tinggi di dunia. Pemimpin negara-negara G8 berjumpa secara annual untuk mengkoordinasi polisi-polisi mereka dalam menghadapi isu-isu dunia seperti kemiskinan, keganasan, penyakit yang merebak dan perubahan cuaca dunia.