Slam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Manual revert
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
Slam seterusnya mengeluarkan album kompilasi ''[[Terbaik Slam]]'' pada penghujung 1995 sebagai bekalan sementara menunggu proses rakaman album ketiga mereka selesai. Ternyata ketiga-tiga lagu bonus petikan album kompilasi tersebut mengungguli carta, terutama sekali lagu ''Gerimis Mengundang'' yang menjadi lagu paling popular pada tahun 1996 sehingga pernah dirakam dalam 30 versi saduran oleh penyanyi pelbagai negara dan bahasa serta layak ke peringkat akhir [[Anugerah Juara Lagu|AJL]] dan [[Anugerah Industri Muzik|AIM]]. Lagu ciptaan Saari Amri ini menjadi antara 3 lagu Melayu paling masyhur dalam sejarah muzik Nusantara bersama dengan lagu isabella dan suci dalam debu,Terdapat parodi dan filem yang diterbitkan berdasarkan lagu ini. Dua buah lagi lagu yang hits daripada album yang terjual lebih 200,000 unit ini ialah ''Kurnia'' dan ''Jalan Keindahan''.
 
Album ketiga mereka yang berjudul ''[[Kembali Merindu]]'' telah berada di pasaran pada pertengahan tahun 1996. Dalam album ini, Slam telah membuat pembaharuan yang drastik ke arah memantapkan lagi muzik mereka. Mereka mulai sedar dimana ''target'' Slam untuk mencapai tahap tertinggi dalam industri muzik sudah semakin hampir untuk digapai. Hasilnya mereka meraih kejayaan sekali lagi menerusi single popular seperti ''Jika Kau Rasa Getarnya'', ''Kita Terpaksa Bermusuhan'' dan ''Kembali Merindu''. Album ini juga terjual lebih 250,000 unit di Malaysia dan 700,000 unit di Indonesia. Mengekori kejayaan ini ialah sebuah konsert berskala mega yang dijayakan oleh Slam, [[Slam Live Concert Unplugged]] pada 3 Ogos 1996 diiringi orkestra di bawah pimpinan Dato' [[Ramli M.S.]] di Stadium Negara hingga membawa kejayaan besar apabila Slam diiktiraf dengan Anugerah Kembara dan Zamani diiktiraf sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Di Dalam Album (Lelaki) menerusi album ''[[Slam Live Concert Unplugged]]'' (1996) di [[Anugerah Industri Muzik]] ke-4 pada tahun 1997,pada tahun 1996 jugak slam menerima anugerah artis luar paling paling popular di anugerah muzik indonesia.
 
popular di anugerah muzik indonesia
 
Pada tahun 1998, Slam muncul dengan album ''Dalam Harapan'' dengan sedikit pembaharuan demi memastikan piawaian mutu terjaga. Album ini mempertaruhkan single ''Mentari Muncul Lagi'' yang meledak pada tahun tersebut. Ketika ini Slam sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perfileman dengan pelawaan jutawan filem [[Yusof Haslam]] untuk beraksi dalam ''[[Bara (filem)|Bara]]'' serta sebuah lagi filem yang tidak disiapkan berjudul ''Cindai Asmara''. Kerana agak lari fokus, album ini tidak begitu mengujakan peminat tambahan persaingan daripada kumpulan baharu seperti Spoon dan Def Gab C. Pun begitu, AIM mengiktiraf album ini apabila tercalon dalam kategori Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-6 pada tahun 1999.