Sejarah bahasa Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hakimi97 (bincang | sumb.)
Pembetulan tatabahasa untuk membuang ketaksaan bahasa. Sila ambil perhatian bahawa "Old Malay language" ialah Bahasa Melayu Kuno, serta "Proto/Ancient Malay language" ialah Bahasa Melayu Purba.
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
[[Fail:Kerinci_MSS_detail.jpg|thumb| Butiran pada [[Aksara Rencong|tulisan Rencong]], iaitu sistem [[Tulisan Jawi|tulisan]] yang terdapat di [[Sumatera]] tengah, [[Indonesia]].<ref>{{Cite journal|last=Voorhoeve|first=P.|date=1970|title=Kerintji Documents|journal=Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde|volume=126|issue=4|pages=369–399|doi=10.1163/22134379-90002797|doi-access=free}}</ref> Teks itu berbunyi (ejaan Voorhoeve): "''haku manangis ma'' / ''njaru ka'u ka'u di'' / ''saru tijada da'' / ''tang'' [''hitu hadik sa'']", yang diterjemahkan oleh Voorhoeve sebagai: "Aku menangis, memanggil kamu; walaupun dipanggil, awak tak datang" (''hitu adik sa-'' ialah sambungan baris keempat seterusnya.)]]
[[Bahasa Melayu]] mula digunakan pada alaf pertama yang dikenali sebagai [[Bahasa Melayu Kuno]], iaitu bahasa di bawah rumpun [[Bahasa-bahasa Austronesia|bahasa Austronesia]]. Dalam tempoh dua [[Alaf|alaf]], bahasa Melayu telah melalui pelbagai fasa perkembangan yang terdiri daripada lapisan demi lapisan pengaruh asing yang berbeza melalui perdagangan antarabangsa, pengembangan agama, [[penjajahan]] dan perkembangan trend sosiopolitik baharu. Bentuk bahasa Melayu tertua berasal daripada [[bahasa Melayu-Polinesia Purba]] yang dituturkan oleh peneroka [[Orang Austronesia|Austronesia]] terawal di [[Asia Tenggara]]. Menurut beberapa penyelidik linguistik, bentuk ini kemudiannya berkembang menjadi Bahasa Melayu Kuno selepas penembusan budaya dan keagamaan India ke rantau tersebut, berkemungkinan besar menggunakan tulisan [[Kawi]] dan [[Aksara Rencong|Rencong]]. Bahasa Melayu Kuno mengandungi beberapa istilah yang wujud pada hari ini, tetapi tidak dapat difahami oleh penutur moden, manakala istilah-istilah Bahasa Melayu Moden sudah banyak yang boleh dikenalpasti bentuknya melalui bahasa Melayu Klasik pada tahun 1303 Masihi.<ref>{{Harvard citation no brackets|Teeuw|1959|p=149}}</ref>
 
Bahasa Melayu berkembang secara meluas menjadi bahasa Melayu Klasik melalui kemasukan beransur-ansur pelbagai unsur perbendaharaan kata Arab dan Parsi apabila Islam mula bertapak di rantau ini. Pada mulanya, bahasa Melayu Klasik merupakan satu kumpulan dengan kepelbagaian dialek, yang mencerminkan asal-usul pelbagai kerajaan Melayu di Asia Tenggara. Salah satu daripada dialek-dialek tersebut yang berkembang dalam tradisi kesusasteraan [[Kesultanan Melayu Melaka|Melaka]] pada abad ke-15, akhirnya menjadi dominan. Pengaruh kuat Melaka dalam perdagangan [[antarabangsa]] di rantau ini menyebabkan bahasa Melayu menjadi ''[[lingua franca]]'' dalam perdagangan dan diplomasi, dan status ini bertahan dari zaman [[Kesultanan Melayu Melaka|kesultanan-kesultanan Melayu]] yang seterusnya, era penjajahan Eropah hinggalah ke zaman moden. Dari abad ke-19 hingga ke-20, bahasa Melayu berkembang secara progresif melalui penambahbaikan ketara tatabahasa dan pengayaan leksikal sehingga menjadi sebuah bahasa moden yang mempunyai lebih daripada 800,000 frasa dalam pelbagai disiplin ilmu.
 
== Bahasa Melayu Purba ==