Wikipedia:Soalan-soalan lazim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 50:
== Mengapa Wikipedia versi bahasa Melayu dinamakan Wikipedia bahasa Melayu bukannya Wikipedia bahasa Malaysia? ==
 
:[[Wikipedia bahasa Melayu|Wikipedia bahasa Indonesia]], dikira sebagai tajuk versi bahasa yang terbaik untuk digunakan oleh Wikipedia ini, Wikipedia bahasa Melayu menggunakan [[Wikipedia:Gunakan bahasa Melayu piawai|Bahasa Melayu Piawai]] iaitu Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia,Malaysia, dan Brunei. [[Bahasa Melayu]] Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. [[Bahasa Melayu piawai]] ini juga wajib mengikut saranan dan ketepatan yang ditentukan oleh [[Dewan Bahasa dan Pustaka]].
 
:[[Wikipedia bahasa Indonesia]] pula merupakan versi lain dalam projek Wikipedia. Penggunaan bahasa Indonesia sebenarnya adalah untuk menentukan entiti bahasa sejagat, ini berlaku berikutan pelbagai bahasa pertuturan dalam wilayah-wilayah kecil di sekitar kepulauan Indonesia itu adalah amat berbeza dari segi penggunaan tatabahasanya, kosa katanya, maksudnya, dan lain-lain. Oleh demikian adalah baik untuk merapatkan jurang-jurang kelainan bahasa-bahasa etnik dalam kepulauan tersebut memandangkan etnik-etnik peribumi di Indonesia berasal daripada satu rumpun. Walau bagaimanapun, penciptaan bahasa-bahasa etnik dalam kepulauan Indonesia itu juga turut dibenarkan di Wikipedia seperti berlakunya penciptaan [[Wikipedia bahasa Sunda]], [[Wikipedia bahasa Jawa]], [[Wikipedia bahasa Banyumasan]] dan lain-lain.
 
:Berikutan itu, Wikipedia bahasa Malaysia mungkin tidak praktikal untuk dinamai kerana, pertama, hak penggunaan bahasa Melayu tidak terhad untuk bangsa Malaysia sahaja, ia boleh digunakan di [[Brunei]] mahupun di [[Singapura]] sekali pun. Hal ini juga bagi mengelakkan sesuatu negara itu cuba menyalahgunakan nikmat bahasa, untuk kepentingan sendiri atau menggunakan keistimewaan bahasa secara berat sebelah. Kedua, rata-rata bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia adalah sama dari segi [[tatabahasa]], kosa kata, makna dan lain-lain dengan bahasa pertuturan masyarakat di negeri-negeri yang Melayu yang lain, walaupun dialek agak berbeza namun penulisannya hampir serupa. Oleh itu, tidak praktikal juga untuk mewujudkan "Wikipedia bahasa Melayu Kelantan" atau "Wikipedia bahasa Melayu Jambi" misalnya atas sebab [[Iklim]] [[geografi]]. Namun begitu atas sebab [[demografi]], boleh juga diwujudkan misalnya "[http://incubator.wikimedia.org/wiki/Wp/dtp Wikipedia bahasa Dusun]" (ujian di [[Wikimedia Incubator]] sedang dijalankan, anda dijemput membantu mengembangkannya). Bahasa Kadazan-Dusun memang diakui mempunyai dialek dan gaya penulisan, tatabahasa, ayat dan makna yang jauh berbeza daripada bahasa Melayu piawai.
 
:Maka, pengguna juga perlu perlu tahu, bahawa adalah elok bagi pihak Wikipedia mengekalkan kesinambungan pelbagai dielek dalam rumpun Melayu kepada satu jenis bahasa perpaduan yang dikenali sebagai bahasa Melayu. Dengan ini, ia dapat merancakkan proses mengayakan istilah bahasa Melayu itu tanpa dicemari dengan unsur luar bukan daripada rumpun bahasa Melayu itu sendiri.