Zizan Razak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Kejayaan: Memperbaiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 41:
}}
 
[[Datuk (gelaran)|Dato']] '''Mohd Razizan Abdul Razak''' ([[Tulisan Jawi|Jawi]]: محمد رازيزن عبدالرازق lahir 15 April 1984) ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah dan penerbit Malaysia.<ref>Dennis Chua (4 Disember 2017). [https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2017/12/310495/seriously-zizan Seriously Zizan!] ''[[New Straits Times]]''. Dicapai pada 10 Jun 2018.</ref> Beliau ialah naib juara [[Raja Lawak]] musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai '''Zizan Raja Lawak'''. Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama [[Johan Raja Lawak]] membentuk kumpulan [[Jozan]] dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga telah memperluaskan bidang kerjanya iaitu pengacaraan dan nyanyian.
 
Zizan terkenal dengan peranan lakonannya di layar lebar termasuk filem komedi adiwira ''[[Kapoww!!|Kapoww!!: Atoi The Ajaib Boy]]'' (2010), aksi jenayah ''[[KL Gangster]]'' (2011–13), komedi seram ''[[Hantu Bonceng]]'' (2011), ''[[Mael Lambong]]'' (2012), komedi pasca-apokaliptik ''[[KL Zombi]]'' (2013), ''[[Abang Long Fadil]]'' (2014–22) dan ''[[Polis EVO]]'' (2015–23). Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Artis Komedi Lelaki Popular di [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010]], Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di [[Anugerah Lawak Warna 2013]].