Saiful Apek: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 30:
}}
 
'''Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff''' (lahir 12 Mei 1969) atau lebih dikenali sebagai '''Saiful Apek''' merupakan seorang pelawak lagenda tanah air. Beliau pernah diberi jolokan sebagai "'''Pelawak No. 1 Negara'''" semasa zaman kegemilangannya dan juga gelaran "'''Sifu'''" oleh pelawak-pelawak masa kini. Sehingga kini, aura dan kredibiliti beliau sebagai seorang pelawak tiada tolok banding dan gantinya. Beliau terkenal sebagai seorang pelawak intelektual yang berilmu dalam setiap tutur kata dan adabnya semasa menghibur.
 
Selain bidang lawak, beliau juga dikenali sebagai seorang pelakon, pengarah, penyanyi, pengacara, penghibur [[Malaysia]]. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang paling banyak membintangi filem-filem di Malaysia dari dahulu hingga kini sehinggakan pernah memecah tradisi sebagai pelawak yang paling banyak memegang watak utama dalam setiap filem lakonannya.<ref>{{cite web|title=Saiful Apek: Saya bukan hanya pak lawak|url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/saiful-apek-saya-bukan-hanya-pak-lawak-1.535461|website=[[Sinar Harian]]|author=Marina Shabudin|date=23 Jun 2016|accessdate=9 April 2018}}</ref> Terdahulu, beliau merupakan bekas ahli kumpulan [[Senario (kumpulan muzik)|Senario]] dan telah keluar dari kumpulan tersebut beberapa tahun kemudiannya. Namun begitu, kini beliau kembali bersama kumpulan tersebut dengan anggota-anggota asal dan menjenamakan semula diri mereka sebagai Senariounion.<ref>{{cite web|author=Amirul Haswendy Ashari|title=Saiful Apek dah tak lakon komedi?|url=https://www.hmetro.com.my/node/160620|website=[[Harian Metro]]|date=21 Ogos 2016|accessdate=22 Ogos 2016}}</ref><ref>{{cite web|author=Rudy Syareme Sheriffudin|title=Apek perlahan ‘kayuhan’|url=https://www.hmetro.com.my/node/37439|website=[[Harian Metro]]|date=17 Mac 2015|accessdate=22 Mac 2015}}</ref>