Yusof Haslam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 46:
Beliau memulakan penglibatannya dalam kerjaya lakonan dengan memainkan watak tambahan dalam filem ''[[Laxmana Do Re Mi|Laksamana Do Re Mi]]'' arahan Allahyarham [[P. Ramlee|Tan Sri P. Ramlee]] pada tahun 1972, sebagai penonton perlawanan. Ia hanya pada tahun 1975 beliau mengambil peranan utama menerusi filem ''[[Permintaan Terakhir]]'' sebagai "Idham" berdampingan dengan aktres utama yang juga merupakan rakan seperjuangannya, [[Uji Rashid]].<ref name="TheSun" /><ref name="Pelakon crook"/>
 
Yusof membintangi empattiga filem sepanjang tahun 1976, iaitu filem ''[[Loceng Maut]]'' arahan [[Nas Achnas]] dan ''Madu Beracun'' arahan Abdullah Zainol serta dua filem arahan [[Jamil Sulong|Dato' Jamil Sulong]], ''[[Sayang Anakku Sayang]]'' dan ''[[Cinta dan Lagu]]''. Tiga tahun kemudian, beliau membintangi filem ''[[Detik 12 Malam]]'' arahan [[S. Sudarmaji]] serta filem ''[[Tiada Esok Bagimu]]'' arahan [[Jins Shamsuddin|Tan Sri Jins Shamsuddin]]. Pada 1981, beliau memegang watak sebagai MM Jaafar Hassan dalam filem sejarah peperangan ''[[Bukit Kepong (filem)|Bukit Kepong]]'' arahan Jins yang mana sebahagian besar dari jalan cerita filem ini ialah berdasarkan daripada [[Peristiwa Bukit Kepong|peristiwa berdarah pada 23 Februari 1950]].<ref>{{cite web|url=http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/09/02/yusof-haslam-akui-pernah-skeptikal-dengan-bukit-kepong/|title=Yusof Haslam akui pernah skeptikal dengan ‘Bukit Kepong’|author=Shazryn Mohd Faizal|date=2 September 2015|access-date=22 Disember 2015|newspaper=[[The Rakyat Post]]|quote=Mengakui pernah bersikap skeptikal terhadap penghasilan filem 'Bukit Kepong', namun, pandangan Datuk Yusof Haslam itu terhapus sama sekali apabila melihat kejayaan yang dikecapi menerusi inisatif Tan Sri Jins Shamsudin menghasilkan filem klasik itu.}}</ref> Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.7 juta, sekaligus memenangi [[Filem Terbaik (FFM)|Filem Terbaik]] di [[Festival Filem Malaysia ke-3]] pada 1982.
 
Beliau mula mengarahkan filem pada tahun 1991 dengan filem pertamanya ''[[Bayangan Maut]]'', sebuah filem thriller aksi misteri yang dibintangi penyanyi rock [[Ella (penyanyi)|Ella]]. Ini kemudian diikuti oleh ''[[Pemburu Bayang]]'' pada tahun 1993, ''[[Sembilu]]'' pada tahun 1994, filem blockbuster terlaris, ''[[Maria Mariana]]'' pada tahun 1996 serta [[Maria Mariana II|sekuelnya dua tahun]] selepas antara lain.<ref>{{cite web|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_02.htm|title=Maria Mariana II pertahankan kesinambungan|author=|date=3 April 1998|page=|access-date=22 Disember 2011|newspaper=[[Utusan Malaysia]]|archive-date=2017-11-11|archive-url=https://web.archive.org/web/20171111152209/http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_02.htm|url-status=dead}}</ref> Pada 1999, beliau menerbitkan ''[[Bara (filem)|Bara]]'' gandingan [[Awie]] dan [[Nasha Aziz]] yang pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan Yusof.<ref name="Pelakon crook"/>