Melaka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hongqilim (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Disambiguation links
Hongqilim (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Dibalikkan
Baris 72:
'''Melaka''' ({{Jawi|ملاک}}) merupakan sebuah [[Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia|negeri]] di [[Malaysia]] yang terletak di [[Semenanjung Malaysia|kawasan selatan]] [[Semenanjung Tanah Melayu]] menghadap [[Selat Melaka]]. Negeri ini bersempadankan [[Negeri Sembilan]] di bahagian utara dan barat dan [[Johor]] di bahagian selatan. [[Enklaf dan Eksklaf|Eksklaf]] [[Tanjung Tuan]] juga bersempadankan Negeri Sembilan di bahagian utara. Ibu negerinya ialah [[Bandaraya Melaka]], yang disenaraikan sebagai [[Tapak Warisan Dunia]] UNESCO sejak 7 Julai 2008. Bandaraya Melaka terletak {{convert|148|km}} ke arah tenggara ibu negara Malaysia [[Kuala Lumpur]], {{convert|235|km}} ke arah barat laut bandar raya terbesar Johor [[Johor Bahru]] dan {{convert|95|km}} ke arah barat laut bandar raya kedua terbesar Johor [[Batu Pahat]].
 
Melaka mempunyai [[hutan hujan tropika]] yang berbagai-bagai flora dan fauna dan mengalami iklim khatulistiwa. Negeri ini terletak betul-betul ke arah selatan [[Banjaran Titiwangsa]], sebahagian besar daripadanya adalah kawasan datar yang bertaburan dengan inselberg, dengan [[Bukit Gapis]] sebagai puncak tertinggi.
 
Negeri ini mempunyai peranan bersejarah melalui kewujudan [[Kesultanan Melaka]] yang begitu berpengaruh di rantau [[Nusantara]] dan [[Asia Tenggara]] sepanjang abad ke-14 dan 15 sehingga [[Melaka Portugis|ditakluk]] kuasa [[Empayar Portugal|Portugis]] pada 1511. Melaka kini tidak mempunyai seorang [[Sultan]], sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) [[Yang di-Pertua Negeri]]. Pelbagai adat etnik dan tradisi bercampur dengan sempurna di Melaka. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Serani, dan Chitty.<ref>https://www.melaka.gov.my/ms/rakyat/info-melaka/kebudayaan/kebudayaan?set_language=ms</ref>