Dayang Nurfaizah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg: Buat asal
Tiada ringkasan suntingan
Baris 55:
Kemudian, Dayang diberi penghormatan menyanyikan lagu kebangsaan "[[Negaraku]]", pada majlis pembukaan Asian X Games VI yang berlangsung di Stadium Tertutup Bukit Jalil pada 19 Februari.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2341341/lagu-negara-ku-dayang-nurfaezah-bakar-semangat|title=Lagu Negara Ku Dayang Nurfaizah bakar semangat|author=Suraiya Mohd Nor|publisher=[[Berita Harian]]|date=25 Februari 2004|accessdate=18 Julai 2021}}</ref>
 
Biarpun tidak lagi bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman dan terikat dengan kes mahkamah, Dayang tetap meneruskan niatnya untuk merakamkan album solo keempat.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2341623/dayang-nurfaizah-bangkit-semula|title=Dayang Nurfaizah bangkit semula|author=Suraiya Mohd Nor|publisher=[[Berita Harian]]|date=24 Februari 2004|accessdate=18 Julai 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/4034667/dayang-will-survive|title=Dayang will survive|author=Joe Lee|publisher=[[The Malay Mail]]|date=27 Mac 2004|accessdate=18 Julai 2021}}</ref> Beliau terpaksa mengeluarkan duitnya sendiri untuk proses rakaman album terbarunya. "[[Kau Pergi Jua]]" (nyanyian asal [[Adam Ahmad]]) dan "[[Biar Akhirnya Di Sini]]" ciptaan [[Afdlin Shauki]] merupakan dua lagu pertama yang dirakamkan oleh Dayang. Menerusi lagu ciptaan Afdlin itu, Dayang menjemput pemain biola tersohor Indonesia iaitu Henry Lamiri untuk mengiringinya. Apabila album itu sudah siap, Dayang mencari dan memilih syarikat rakaman yang sesuai untuk menerbit serta mengedarkan album keempatnya itu nanti. Dalam album terbarunya itu, Dayang bukan sahaja mengekalkan konsep R&B, tetapu beliau turut terbabit secara langsung dalam pembikinannya memandangkan sebelum ini, Dayang hanya menyanyikan sahaja lagu yang diberikan. Namun selepas setahun disiapkan dengan bajet yang tinggi, album tersebut tidak dapat dipasarkan ekoran kes saman yang belum selesai. Akhirnya Dayang menjual sendiri album berjudul ''[[Dayang Sayang Kamu]]'' tersebut secara 'bawah tanah' di mana-mana persembahan tertutupnya.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/725120/dayang-loves-you|title=Dayang loves you|publisher=[[New Straits Times]]|date=27 September 2004|accessdate=18 Julai 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/1941539/dayang-s-personal-cut|title=Dayang's personal cut|author=Jad Mahidin|publisher=[[The Malay Mail|Sunday Mail]]|date=19 Disember 2004|accessdate=18 Julai 2021}}</ref> Lagu berbahasa Inggeris berjudul "[[Need A Break / Seketika|Need A Break/Seketika]]" mula meraih sokongan pendengar bandar sementara lagu "[[Erti Hidup]] yang dijadikan modul dalam [[Program Latihan Khidmat Negara]] (PLKN) mula meniti bibir peminat. Dayang sendiri mencetak dan mengedarkan CD kepada peminat-peminat hingga berjaya terjual 5000 unit pada sebulan pertama jualan pada Ogos 2004. Dayang juga mempromosikan lagu "[[Dayang Sayang Kamu (lagu 2004)|Dayang Sayang Kamu]]" dengan persembahan perdana di [[Anugerah Era 2004]] dengan berduet bersama penyanyi [[Adam (penyanyi)|Adam]]. Akhirnya album tersebut diterbitkan dan diedarkan pada September 2004 di bawah label DNAD Entertainment, syarikat rakaman milik Dayang sendiri.<ref>{{Cite web|url=https://www.checkmateq.com/virtual-cto-services|title=On-Demand Virtual CTO Consulting Services in India {{!}} USA|website=Checkmateq|language=English|access-date=2024-03-29}}</ref>
 
Album ''Dayang Sayang Kamu'' menjadi penyambung hayat buat Dayang biarpun diancam dengan penerbitan album ''[[Hembusan Asmara|Buat Kamu]]'' oleh Broadway yang merupakan album bungkusan semula ''Hembusan Asmara'' sebulan sebelum edaran ''Dayang Sayang Kamu''.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2395671/-dayang-nurfaizah-kembali-bersama-|title=(Dayang Nurfaizah kembali bersama...)|author=Zul Husni Abdul Hamid|publisher=[[Berita Harian]]|date=16 Disember 2004|accessdate=18 Julai 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/3990279/dayang-is-all-smiles-again|title=Dayang is all smiles again|author=Joe Lee|publisher=[[The Malay Mail]]|date=2 Disember 2004|accessdate=18 Julai 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/3318248/dayang-lega|title=Dayang lega|author=Ellyna Ali|publisher=[[Harian Metro]]|date=23 November 2004|accessdate=18 Julai 2021}}</ref> Broadway juga menerbitkan album kompilasi ''[[The Best of Anuar Zain & Dayang Nurfaizah]]'' sebelum itu yang menampilkan single "[[Melerai Prasangka]]" yang menerima putaran di radio. Lagu "Erti Hidup" berjaya mara ke [[Anugerah Juara Lagu ke-19]]<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/3481070/dayang-mantap-mutu-vokal|title=DAYANG MANTAP MUTU VOKAL|author=Norhayati Nordin|publisher=[[Harian Metro]]|date=10 Januari 2005|accessdate=18 Julai 2021}}</ref> dan akhirnya memenangi kategori Etnik Kreatif dan menaikkan semula nama Dayang dan memperkenalkan bakat Afdlin sebagai penggubah. Dayang kemudian bernaung di bawah syarikat rakaman [[New Southern Records]] (NSR). Ketua Bahagian Melayu NSR, Iman Wan berkata NSR telah mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk membeli semula semua kontrak Dayang dengan syarikat-syarikat yang disamannya. Jumlah pembelian kontrak itu bagaimanapun tidak didedahkan.