Kentucky Fried Chicken: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Johannnes89 (bincang | sumb.)
Reverted 1 edit by Mohsinaliali (talk): Crosswiki linkspam (TwinkleGlobal)
Teg: Buat asal
Baris 22:
 
KFC Malaysia dipegang oleh [[KFC Holdings Bhd.]], satu syarikat kepunyaan [[Kulim Berhad]].
 
== Makanan ==
[[Resipi rahsia]] Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan [[Louisville]] yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain. Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani [[perjanjian kerahsiaan]] yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang [[William Poundstone]] mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.
 
Selain daripada ayam goreng, KFC juga menyajikan hidangan sampingan seperti [[salad kubis]], pelbagai makanan berdasarkan [[kentang]] (termasuk yang jenis [[kentang goreng|goreng]], [[kentang sendal|sendal]], dan [[kentang putar|putar]] [[kuah|berkuah]]), [[jagung pada batang]] dan biskut. KFC juga menghidangkan entree yang lain seperti ''Ayam Bertih Jagung'', ''Ketul Ayam'', [[hamburger]], rusuk babi dan pelbagai jenis pembasuh mulut - walaupun bukan semuanya didapati di setiap tempat, khususnya dalam kawasan-kawasan di luar Amerika Syarikat. Sesebahagian hidangan sampingan adalah unik dan hanya didapati di kawasan yang tertentu.
[[Fail:Kfc chicken potato.jpg|left|290px|thumb|Sepinggan ayam goreng dan kentang goreng dihidang di KFC.]]
 
KFC menggunakan singkatan namanya pada tahun [[1991]] untuk mengelakkan konotasi 'goreng' yang tidak sihat. Kini, KFC sedang membuat uji kaji tentang [[pai ayam]], ayam tanpa tulang, serta ayam panggang sebagai tambahan kepada penawaran makanannya yang teras. Pada tahun [[2004]], syarikat itu mencuba jenama yang baru, iaitu "Ayam Segar Dari Dapur" ("Kitchen Fresh Chicken") dalam iklannya (yang mempunyai catatan huruf bercetak halus bahawa tuntutan kesegaran tidak merangkumi [[kepak ayam]]). Dalam [[Bahasa Inggeris]], nama yang baru itu masih mengekalkan singkatan "KFC".
 
Pada [[April 2005]], KFC membuka sebuah restoran yang baru di Louisville, Kentucky, tempat yang asalnya, di bawah nama asli ''Kentucky Fried Chicken'' dan merancangkan untuk menambahkan sekurang-kurangnya 50 buah restoran lagi.
 
[[Dave Thomas]], pengasas [[Restoran Wendy]] menjalankan banyak francais Kentucky Fried Chicken sebelum memulakan rangkaian sendiri. Beliau ialah pereka tanda sebaldi-ayam-yang-berputar yang pada suatu masa dapat dilihat di luar setiap saluran keluar KFC.
 
== Kontroversi ==