Rahsia (filem 2023): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 89:
''Rahsia'' merupakan sebuah filem reka semula, yang diarahkan oleh [[Shamyl Othman]], anak [[Othman Hafsham]] yang mengarahkan [[Rahsia (filem 1987)|filem asal bertajuk sama]] yang ditayangkan pada 1987. Filem ini merupakan filem terbitan syarikat [[Astro Shaw]], Five Star Trading dan Kmn Pictures. Ini merupakan filem seram Malaysia pertama yang direka semula.<ref>{{cite web|url=https://www.astroawani.com/berita-hiburan/filem-rahsia-versi-reboot-ditayang-ogos-ini-428051|title=Filem 'Rahsia' versi reboot ditayang Ogos ini|publisher=[[Astro Awani]]|author=[[Astro Gempak]]|date=14 Julai 2023}}</ref>
 
Filem ini bakal menyaksikan penampilan filem pertama [[Fikry Ibrahim]], penampilan semula [[Marsha Milan]] selepas filem ''[[7ujuh]]'', filem terakhir lakonan penyanyi tersebut, serta Nur [[Qistina Raisah]] setelah kali terakhir beliau berlakon dalam filem [[Felina (filem)|''Felina'']].
 
Lakon Layar filem ini ditulis sepenuhnya oleh Alfie Palermo. Proses pembangunan lakon layar dibantu oleh Zulaikha Zakaria serta Luqman Sheikh Ghazali, dengan kesemuanya berada di bawah program pengarangan Astro Shaw.