Bom tangan: Perbezaan antara semakan

10 bait ditambah ,  12 tahun lalu
k
bot mengubah: nv:Dadilhóni aheltłʼidígíí; perubahan kosmetik
k (bot menambah: ca:Granada de mà)
k (bot mengubah: nv:Dadilhóni aheltłʼidígíí; perubahan kosmetik)
[[ImejFail:Hand_Grenade.jpg|thumb|150px|Bom tangan. Bentuk garisan bukan sebagai kecantikan, tetapi bagi memudahkan ia berkecai kepada banyak serpihan bagi membunuh musuh disekeliling.]]
'''Bom tangan''' merujuk kepada [[bom]] yang dipegang dengan tangan, untuk dilontar oleh [[askar]]. Perkataan bom tangan dalam bahasa Inggeris - "grenade" berasal dari bahasa Sepanyol bagi perkataan ''granada'' ([[delima|delima ''pomegranate'']], merujuk kepada saiz umum bom tangan awal, dan kerana kandungan serpihan tajamnya meningatkan mereka kepada biji dalam buah delima. Gelaran ''[[Grenadier]]'' berasal dari kumpulan askar yang khusus dalam melempar bom tangan. Sesetengah bom tangan direka untuk ditembak oleh [[pelancar bom tangan]].
 
== Reka bentuk dan kegunaan ==
 
Terdapat pelbagai bentuk dan saiz bom tangan, untuk tujuan yang berlainan, tetapi kesemuanya mempunyai dua benda yang sama. Pertama, ia berongga agar dapat diisi dengan [[bahan letupan]] atau pengisi kimia. Kedua, ia mempunyai liang yang membolehkan [[fius]] di skrew atau dimasukkan.
Apabila menggunakan bom tangan, matlamatnya adalah membiarkan bom tangan itu jatuh dengan tempoh yang singkat agar musuh tidak sempat melempar ia kembali.
 
Mula-mula anggarkan tempoh balingan untuk sampai kepada pihak musuh dan tolak tiga saat. Selepas itu bom tangan digenggam, termasuk pemegang, dalam tangan yang kuat. Kemudian pin keselamatan dicabut daripada bom tangan, lepaskan pemegang dan tunggu masa yang tidak diperlukan untuk balingan dan baling kepada sasaran.<br />
Nota: Tentera [[Amerika Syarikat]] dan [[NATO]] moden tidak dilatih "melengahkan" bom tangan dengan cara ini, disebabkan bahaya letupan di tangan sekiranya tentera itu terganggu atau ditembak.
 
Langkah keselamatan asas adalah sentiasa melontar bom tangan dari kawasan terlindung. Dengan itu, sekiranya berlaku kesilapan, ia boleh dilontar keluar dengan cepat daripada kawasan perlindungan.
 
Apabila bom tangan diluar kawalan, jeritkan "grenad." Apabila bom tangan dijatuhkan kedalam kawasan tertutup seperti terowong, yang menjatuhkan bom tangan tersebut mesti menjerit "Fire in the hole!" untuk memberitahu rakannya bahawa letupan akan berlaku.
 
Bom tangan juga sering digunakan di lapangan bagi membina [[jerangkap samar]]. Konsep asas ialah menggunakan aksi sasaran (seperti membuka pintu, atau menghidupkan kereta) untuk meletupkan bom tangan. Jerangkap samar bom tangan mudah dibina di lapangan dengan menggunakan bahan yang ada. Bagaimanapun, ia menyumbang kepada masaalah [[bahan letupan hidup|bahan letupan hidup ( ''unexploded ordnance'' )]].
=== Rekabentuk dan operasi ===
 
[[ImejFail:Grenades.jpg|frame|right|Bom tangan tembus pandang]]
 
Lakaran di atas menunjukkan [[keratan rentas]] bahagian bom tangan dan fius bagi bom tangan sepihan - ''fragmentation grenade''. Aksi asas seperti berikut:
Bom tangan ''nenas'' klassik, seperti [[bom Mills]], menggunakan [[ubat bedil]] dan kerangka besi tuang, yang menjadi serpihan sepanjang bahagian lemah yang disengajakan pada kerangka.
 
Bom tangan juga dibuat bagi membebaskan [[asap]], [[gas pemedih mata]] ("CS"), dan cahaya. Pasukan khas menggunakan bom tangan "flash-bang" bagi mengelirukan manusia semasa memasuki bilik, tanpa bertujuan menyebabkan kecedaraan kekal.
 
Sesetengan bom tangan direka untuk jarak lebih jauh. [[Bom tangan Model 24|Bom tangan pelecek kentang]] mempunyai pemegang kayu panjang yang meningkatkan jarak pada lima puluh peratus. Ia diletupkan oleh pencucuh geseran di kepala, yang diaktifkan dengan menarik tali menembusi kayu berongga, dengan menarik gelung plastik kecil yang diikat pada tali yang dilekatkan pada pencucuh geseran, fius masa, dan peledak direka untuk meletup selepas tempoh masa. Ia sering disalah anggap sebagai mempunyai fius hentaman.
== Bom tangan jenis-jenis lain ==
 
=== Bom tangan serpihan ===
''Bom tangan serpihan'' adalah peranti ( ''antipersonnel'' ) yang direka untuk memuntahkan serpihan ke seluruh arah. Badannya diperbuat daripada plastik keras atau besi, dan [[flechettes]] atau wayar terpotong dibekalkan sebagai serpihan ( ''antipersonnel'' ). Juga isi kandungan mempunyai bebola logam bagi menembusi sasaran. Apabila perkataan ''bom tangan'' digunakan tanpa sebarang penerangan, dan konteks tidak menunjukkan sebaliknya, ia biasanya merujuk kepada bom tangan jenis ini.) Maklumat lanjut mengenai bom tangan "serpihan" di atas.
 
=== Bom asap ===
[[ImejFail:G-Fig1-13.jpg|thumb|left|100px|Bom asap]]
Bom asap merupakan jenis bom tangan bentuk tin yang digunakan sebagai peranti isyarat darat ke darat atau darat ke udara, peranti penanda zon sasaran atau pendaratan, atau peranti tabir bagi pergerakan tentera. Bekas bom asap biasanya terdiri daripada silinder kepingan logam dengan liang bukaan di bahagian atas dan bawah bagi membebaskan asap apabila diaktifkan. Pengisinya biasanya terdiri daripada 250 hingga 350 gram campuran asap pewarna (merah, hijau, kuning, atau ungu) (kebanyakannya [[kalium klorat]], laktosa dan pewarna). Jenis bom tangan asap lain, adalah jenis meletup. Ia mengandungi phosphorus putih (WP), yang disebarkan melalui letupan. Phosphorus terbakar apabila terdedah kepada udara, dan terbakar dengan api kuning terang, sambil menghasilkan asap putih yang banyak (phosphorus pentoxide). Ia juga berfungsi sebagai bom pembakar ( ''incendiary grenades (q.v.)'' ).
<BR CLEAR="all" />
 
=== Kawalan rusuhan ===
[[ImejFail:G-Fig1-14.jpg|thumb|left|100px|Bom gas CS]]
Bom gas digunakan untuk membubarkan kumpulan orang ramai. Yang paling dikenali adalah bom pemedih mata (bom tangan [[gas CS]]). Bom tangan ini menyerupai bom asap dari segi bentuk dan cara digunakan. Walaupun dengan gas pemedih mata, pengisinya terdiri daripada 80 hingga 120 gram CS (Chlorobenzol malononitrile). Bahan kimia beracun toksid ini (apabila bersentuhan dengan muka) menyebabkan rasa terbakar yang teruk pada mata dan pada kerongkong apabila dihidu. Sekiranya seseorang itu kekal terdedah kepada gas ini untuk tempoh panjang (melebihi 10 minit) ia mampu menyebabkan [[lepuh]] pada kulit dan kecederaan kekal pada paru-paru (sebagai contoh [[barah paru-paru]]). Bagi mereka yang lemah dan berumur, gas CS mampu menyebabkan kematian.
<BR CLEAR="all" />
 
=== Bom pembakar ===
[[ImejFail:G-Fig1-16.jpg|thumb|left|100px|Bom pembakar (''Incendiary'')]]
Bom tangan jenis ini menghasilkan haba melampau melalui [[reaksi kimia]]. Bentuknya hampir serupa seperti bom tangan asap dan gas. Pengisinya terdiri daripada 600 hingga 800 gram [[thermate]] (TH3), yang merupakan versi [[thermite]] diperbarui, bahan pembakar yang digunakan dalam bom tangan semasa [[Perang Dunia II]]. Sebahagian daripada campuran thermate bertumar menjadi [[besi]] cair, yang terbakar pada suhu 2204 darjah [[Celsius]] (4000 darjah [[Fahrenheit]]). Ia menjadi sebati dengan bahagian logam yang bersentuhan dengannya. Pengisi thermate bagi bom tangan AN-M14 terbakar selama 40 saat dan mampu membakar menembusi 1/2-inci kepingan keluli [[homogeneous]]. Ia membekalkan [[oksigen]]nya sendiri dan mampu terbakar di bawah [[air]]. [[Fosforus]] putih juga digunakan sebagai pengisi bom tangan pembakar, yang membakar pada suhu 2760 darjah [[Celsius]] (5000 darjah [[Fahrenheit]]).
 
<br clear="all" />
 
=== Bom tangan gegaran ===
[[ImejFail:Xm84-newstun small.jpg|thumb|left|70px|Flashbang]]
'''Bom tangan gegaran ( ''Concussion'' )''', juga dikenali sebagai '''grenad stun''' atau '''flashbangs''', pada asalnya direka bagi [[Special Air Service]] (Pasukan Udara Khas) British. Bom tangan gegaran digunakan untuk menggegar, mengeliru, mengharu-biru, atau mengganggu potensi ancaman seketika selama lima sehingga enam saat. Yang paling dikenali adalah Bom Gegaran XM84 ( ''Stun Grenade'' ), biasanya dikenali sebagai "Flashbang", dipanggil sedemikian kerana ia menghasilkan kilauan membutakan (1 juta kilauan [[Candela]]) dan letupan (170-180 [[Desibel]]). Bom tangan ini mampu melumpuhkan mangsa tanpa menyebabkan kecederaan kekal.
 
Apabila meletup, fius/bom tangan tersebut kekal tanpa menghasilkan sebarang serpihan. Ia berbentuk tiub [[heksagon]] [[besi]] dengan liang di sisi yang membenarkan letupan cahaya dan bunyi dikeluarkan. Pengisinya terdiri daripada 4,5 gram [[piroteknik]] campuran oksida logam [[magnesium]] & [[ammonium perklorat]].
 
== Bom tangan sebagai hiasan ==
Bom tangan menunjuk-nunjuk, dengan percikan bunga api, digunakan sebagai hiasan pada [[uniform ketenteraan]], terutamanya di [[Perancis]] (terutamanya. [[Gendarmerie Perancis]]) dan [[Carabinieri]] [[Itali]].
 
== Pautan luar ==
* {{en}} [http://science.howstuffworks.com/grenade.htm Bagaimana bom tangan berfungsi.]
 
[[da:Håndgranat]]
[[de:Handgranate]]
[[nv:Dadilhóni aheltł'idígííaheltłʼidígíí]]
[[en:Hand grenade]]
[[es:Granada de mano]]
77,459

suntingan