Peeves: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan 'Peeves merupakan hantu Hogwarts yang nakal serta suka mengenakan orang. Dia suka memerangkap pelajar dengan menunjukkan mereka tangga yang salah seta membaling...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 08:54, 28 Disember 2009

Peeves merupakan hantu Hogwarts yang nakal serta suka mengenakan orang. Dia suka memerangkap pelajar dengan menunjukkan mereka tangga yang salah seta membaling dakwat kepada mereka. Pada tahun pertama Harry,mereka telah bertemu Peeves yang sedang menjugel kayu yang boleh bergerak.Peeves amat dibenci oleh Filch,penjaga Hogwarts yang bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan serta keselamatan sekolah itu.Peeves telah banyak kali mengunci Puan Norris,kucing Filch di dalam baju besi untuk menyakitkan hati lelaki tersebut.Semasa tahun kedua Harry,Sir Nicholas de Mimsy Porpington telah menghasut Peeves merempuh bangunan untuk membantu melepaskan Harry yang ditahan Filch kerana mengotorkan lantai dengan lumpur.Pada tahun ketiga di Hogwarts,Profesor Lupin telah mengenakan Sumpahan Pengikat Lidah kepada Peeves yang enggan memberi laluan kepadanya.Walaupun begitu,Harry semakin menyukai Peeves apabila hantu itu telah membantu para pelajar menimbulkan kekacauan semasa pemerintahan Profesor Umbridge,pengetua Hogwarts yang baru setelah Kementerian Sihir yang diketuai oleh Encik Fudge menghalau Professor Dumbledore. Antara tingkah laku Peeves semasa cuba menjatuhkan kedudukan Professor Umbridge adalah dengan menjugel obor yang menyala di atas kepala para pelajar, melepaskan labah-labah semasa sarapan dan membuat bunyi yang kurang sopan semasa Professor Umbridge bercakap.Professor Umbridge akhirnya meminta Encik Fudge menandatangani Arahan Pengusiran Peeves namun tidak berjaya kerana tampuk pemerintahan telah dikembalikan kepada Professor Dumbledore sebelum Peeves berjaya diusir.Semasa tahun keenam,Harry telah mengajak Luna Lovegood ke Parti Khrismas Slughorn sebagai seorang sahabat.Namun,Peeves yang mencuri dengar perbualan mereka telah menghebahkan ke seluruh sekolah kononnya Harry menyukai Luna.Hantu itu menyanyikan korus yang diciptanya sendiri:

Potty ask Loony to go to the party, Potty lurves Loony,Potty lurveeessss Loony......................

Semasa Perang Hogwarts,Professor McGonagall telah meminta Filch mencari Peeves.Peeves telah membantu mereka mempertahankan Hogwarts dengan mencampakkan Lengai Snargaluff ke atas kepala para Death Eather.