Jutsu (Naruto): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Lone totti (bincang | sumb.)
Lone totti (bincang | sumb.)
Baris 87:
 
====Kegunaan====
Aplikasi teknik penggabungan boleh melibatkan sama ada dua jutsu sama yang digunakan serentak. Sebagai contoh adalah teknik [[Taijutsu|Gatsūga]] (牙通牙) yang mana ia meningkat kuasa asal teknik tersebut iaitu [[Taijutsu|Tsūga]] (通牙) kepada sekali ganda.
 
Sesetengah teknik penggabungan yang melibatkan jutsu berelemen berkesan kerana sesetengah jutsu berelemen lebih lemah berbanding jutsu berelemen yang lain. Bagaimana pun, terdapat juga jutsu berelemen yang berlainan memiliki keserasian yang nyata. Sebagai contoh; teknik yang berasaskan [[Gaya Lepas Sifat Angin]] digunakan oleh [[Naruto Uzumaki]] dan teknik berasaskan [[Gaya Lepas Sifat Air]] digunakan oleh [[Yamato (Naruto)|Yamato]] dilihat memiliki keserasian dalam keberkesanan teknik penggabungan. Teknik penggabungan [[Teknik Puting Beliung Air]] oleh Naruto dan Yamato menggabungkan dua elemen iaitu angin dari teknik [[Futon|Gaya Lepas Sifat Angin: Rasengan]] dan teknik [[Suiton|Gaya Lepas Sifat Air: Putaran Air]].