Belantik (buruj): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Munshi (bincang | sumb.)
Rencana baru
 
Baris 33:
[[Bintang]] pelengkap segiempat tepat itu iaitu kaki kiri Orion dilambangkan oleh '''Saiph''' (''al-saif'' (السيف) = pedang) yakni hujung pedang Orion yang berjuntai di kaki kirinya. Ia pernah dipanggil juga ''rijl jauzah al-yamna'' (رجل جوزة اليمنأ), "kaki Jauzah kanan".
 
[[Bintang Tiga Beradik]] yang membentuk tali pinggang Orion, dari kirikanan ialah '''Mintaka''' (daripada ''al-minṭaqah'' (المنطقة), "tali pinggang"), '''Alnilam''' (daripada ''al-niẓam'' (النظام), "untaian (mutiara)", dan '''Alnitak''' (daripada ''al-niṭaq'' (النطاق), "bengkung". Di [[Khatulistiwa]], garisan lurus [[Bintang Tiga Beradik]] ini ke arah barat dikatakan menunjukkan arah kiblat. Di sekitar '''MintakaAlnitak''', terdapat awan [[bintang]] yang menempatkan [[Nebula Kepala Kuda]].
 
Tiga biji bintang berbentuk segitiga di utara segiempat tepat itu terutamanya '''Meissa''' (daripada ''al-maisān'', الميسان "yang berarak") dan '''Heka''' (daripada ''al-haq`ah'', الهقعة "tompok putih") membentuk kepala [[Orion]].