Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
AlleborgoBot (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: en:Parti Pesaka Bumiputera Bersatu; perubahan kosmetik
Baris 1:
{{Politik Malaysia}}
[[imejFail:PBB.jpg|thumb|right|Logo PBB]]
'''Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB)''' ([[bahasa Inggeris]]: ''United Traditional Bumiputera Party'') merupakan salah satu [[Senarai parti politik Malaysia|parti politik Malaysia]] tempatan di [[Sarawak]]. PBB ditubuhkan pada [[30 April]] [[1973]] daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak, iaitu [[Parti Negara Sarawak]] (PANAS), [[Barisan Rakyat Jati Sarawak]] (BARJASA), dan [[Parti Pesaka Anak Sarawak]] (PESAKA). Percantuman ini adalah berdasarkan perjuangan untuk meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum [[Bumiputera]] dalam pelbagai bidang, termasuk [[politik]], [[ekonomi]], dan sosial.
 
 
== Sejarah ==
Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif [[Abdul Taib Bin Mahmud|Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud]], Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu, serta [[Ketua Negeri Malaysia|Ketua Menteri]] Sarawak dan Presiden PBB sekarang.
 
[[ImejFail:Pbbhead.jpg|thumb|150px|Presiden PBB]]Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari [[1963]], BARJASA, SNAP, PESAKA dan [[(Persatuan Cina Sarawak]] (SCA) membentuk sebuah parti campuran pada Julai [[1962]]. Parti campuran ini dipengerusikan oleh [[Tun Jugah]], dengan [[Stephen Kalong Ningkan|Datuk Stephen Kalong Ningkan]] sebagai Setiausaha Agungnya. Walau bagaimanapun, PANAS kemudian menarik diri daripada parti campuran ini menjelang [[pilihan raya]] untuk menyertai parti pembangkang [[ Parti Kebangsaan Sarawak]] (SUPP). Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama. [[Kalong Ningkan|Datuk Kalong Ningkan]] dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama, manakala Tun Jugah dilantik menganggotai [[Kabinet Malaysia|Kabinet Persekutuan]] di [[Kuala Lumpur]] selaku [[Kementerian Hal Ehwal Sarawak|Menteri Hal Ehwal Sarawak]].
 
Antara tahun [[1963]] dan [[1966]], [[politik]] Sarawak mengalami pergolakan yang hebat, disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya tamat dengan penyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden [[SNAP]]. Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialah [[Penghulu]] [[Tawi Seli]]. Kabinetnya terdiri daripada tiga orang ahli PESAKA (termasuk beliau sendiri), dua ahli [[BARJASA]] (termasuk Datuk Patinggi Taib), dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula parti campuran ini hanya sebelum penyingkiran Datuk Ningkan.
Baris 15:
Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam [[Barisan Nasional]] Negeri telah mengukuhkan lagi kedudukan bumiputera. Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat dengan banyaknya sehingga kini terdapat 56 bahagian. Ahli-ahlinya telah menjangkau 300,000 orang, dengan lebih 1,000 cawangan di seluruh negeri. Parti ini disokong penuh oleh kaum bumiputera, terutamanya golongan Melayu-[[Melanau]], [[Iban]], [[Bidayuh]], dan [[Orang Ulu]].
 
== Lihat juga ==
* [[Senarai parti politik Malaysia]]
* [[Politik Malaysia]]
 
== Rujukan ==
* Chin, James. 2003. 'The Melanau-Malay Schism Erupts Again: Sarawak at the Polls' in Lok Kok Wah & Johan Saravanamuttu (eds.), [[New Politics in Malaysia]] (Singapore: Institute of South East Asian Studies, 2003) (ISBN 9812301690981-230-169-0) pp. 213-227
 
* An review of various "Sons of Soil" concepts by Dr. Bhaskar Dasgupta: http://piquancy.blogspot.com/2006/02/sons-of-soil.html
 
== Pautan luar ==
* [http://www.bumiputerasarawak.org.my/ Laman rasmi Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak]
 
{{Parti-parti politik Malaysia}}
[[Kategori: Parti politik Malaysia]]
 
[[Kategori: Parti politik Malaysia]]
[[en:United Traditional Bumiputera Party]]
 
[[en:UnitedParti TraditionalPesaka Bumiputera PartyBersatu]]