Azman Mokhtar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
==Biografi ringkas==
Azman Mokhtar, murid tua MCKK, memiliki Diploma Siswazah dalam Kajian [[Islam]] daripada [[Universiti Islam Antarabangsa]], [[Kuala Lumpur]], dan menyertai kursus [[Ijazah Sarjana|Sarjana]] [[Falsafah]] dalam Kajian Pembangunan di Kolej Darwin, [[Universiti Cambridge]], [[United Kingdom]] sebagai seorang pemegang [[biasiswa Chevening]]. Selain itu, beliau juga merupakan [[Fellow]] [[Persatuan Akauntan Bertauliah]] (ACCA), United Kingdom, serta ahli profesional [[Penganalisis Kewangan Bertauliah]] (CFA).
 
Antara tahun-tahun [[1994]] dan [[1998]], Azman merupakan Pengarah dan Ketua Penyelidikan untuk [[Union Bank of Switzerland]] di Malaysia sebelum menjadi Ketua Penyelidikan di [[Salomon Smith Barney]] yang berpusat di Malaysia antara tahun [[1998]] hingga tahun [[2002]]. Beliau kemudian menjadi [[Pengarah urusan|Pengarah Urusan]] BinaFikir Sdn. Bhd. sehingga Mei [[2004]] sebelum menyertai Khazanah Nasional.