Liberalisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot menambah: fiu-vro:Liberalism
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: als:Liberalismus; perubahan kosmetik
Baris 17:
 
Maksud "mengemari kebebasan dan demokrasi" mula digunapakai di dalam bahasa Inggeris sejak tahun 1801 dan berasal dari perkataan Perancis ''libéral'', mengikut ''Oxford English Dictionary''. Perkataan Perancis itu "pada mulanya digunakan di dalam bahasa Inggeris oleh musuh Inggeris (selalunya di dalam bahasa Perancis dengan gambar ketiadaan undang-undang di luar negara". Dari rekod bahasa Inggeris awal: "Kepupusan kebebasan dan setiap idea liberal yang berkaitan"<ref>Hel. M. Williams, Sk. Fr. Rep. I. xi. 113," (dianggap [[Helen Maria Williams]]) ''Sketches of the State of Manners and Opinions in the French Republic'', 1801. Disebut di dalam ''[[Oxford English Dictionary]]''.</ref>
[[Fail:Washington Crossing the Delaware.png|thumbthumbnail|left|Washington Crossing the Delaware oleh Emanuel Leutze yang menggambarkan Revolusi Amerika Syarikat.]]
[[Perang Revolusi Amerika|Perang Kemerdekaan Amerika]] menubuhkan negara yang pertama untuk merangka satu perlembagaan berdasarkan konsep kerajaan liberal, di mana kerajaan dibina dengan kerelaan yang ditabir. Elemen bourgeois yang sederhana di dalam [[Revolusi Perancis]] cuba menubuhkan sebuah kerajaan yang berdasarkan prinsip-prinsip liberal. Ahli-ahli [[ekonomi]] seperti [[Adam Smith]] di dalam ''[[The Wealth of Nations]]'' (1776) pula mengambarkan prinsip-prinsip liberal di dalam [[perdagangan bebas]]. Pengarang-pengarang [[Perlembagaan Sepanyol]] 1812 yang dirangka di [[Cádiz]] mungkin adalah yang pertama menggunakan perkataan liberal di dalam maksud politik sebagai kata nama. Pengarang-pengarang ini menamakan diri mereka sebagai ''[[Liberales]]'', untuk menunjukan penentangan mereka kepada pemerintahan mutlak monarki [[Sepanyol]].
 
Baris 39:
 
* '''Liberalisme sosial''' atau liberalisme baru (tidak patut dikelirukan dengan neoliberalisme) mula dilihat berdiri di kalangan masyarakat negara-negara maju pada akhir [[abad ke-19]]. Ia dipengaruhi oleh utilitarianisme yang diasaskan oleh [[Jeremy Bentham]] dan John Stuart Mill. Ada ahli-ahli liberal yang menerima, sesetengah atau semuanya, teori penyalahgunaan [[Sosialis]] dan [[Marxis]] dan ulasan-ulasan terhadap "[[tujuan keuntungan]]" dan membuat kesimpulan bahawa kerajaan seharusnya menggunakan kuasanya untuk menyelesaikan masalah itu. Mengikut fahaman ini, semua individu perlu diberi perkhidmatan asas yang memuaskan seperti pelajaran, peluang ekonomik dan pelindungan daripada kejadian makro yang tidak ditentukan oleh mereka, seperti yang ditulis oleh [[John Dewey]] dan [[Mortimer Adler]] pada akhir abad ke-19 dan awal [[abad ke-20]]. Kepada liberalisme sosial, kemudahan-kemudahan ini dianggap sebagai hak. Ini adalah hak-hak positif yang berbeza secara kualitatif dari apa yang dibahaskan dari segi klasikal, iaitu hak-hak negatif yang hanya menuntut seseorang daripada mencabuli hak-hak orang lain. Menurut ahli-ahli liberalisme sosial, hak-hak positif ini perlu dibuat dan dibekalkan kepada orang ramai. Menurut mereka lagi, pastian hak-hak positif adalah objektif yang berterusan yang secara asasnya melindungi kebebasan. Sekolah, perpustakaan, muzium dan galeri seni hendaklah dibiayai dengan hasil cukai. Pemikir-pemikir liberalisme sosial menyokong sesetengah sekatan ke atas pesaing ekonomik seperti undang-undang "anti-trust" dan kawalan harga dan gaji. Kerajaan juga dianggap akan memberi kebajikan asas yang dibiayai dengan hasil cukai yang bertujuan untuk membolehkan penggunaan pekerja-pekerja yang terbaik di dalam masyarakat untuk menghalang revolusi ataupun hanya untuk kebaikan sejagat.
[[Fail:Solon.jpg|thumbthumbnail|Solon dari Yunani.]]
Pergelutan di antara kebebasan ekonomi dan kesaksamaan sosial hampir setua dengan idea kebebasan itu sendiri. [[Plutarch]] yang menulis mengenai [[Solon]] (c. 639- c. 559 SM) yang merupakan ahli perundangan di Athens tua menyatakan:
 
Baris 56:
== Perkembangan pemikiran liberal ==
=== Asal-usul pemikiran liberal ===
[[Fail:John Locke.jpg|thumbthumbnail|John Locke (1632-1704)]]
Penekanan ke atas maksud kebebasan sebagai hak penting seseorang di dalam satu masyarakat telah acap kali berulang sepanjang sejarah manusia. Antara yang telah disebut adalah pesaingan di antara plebeian dan patrician semasa Empayar Roman dan perjuangan bandar negeri Itali dari Paus. Republik-republik [[Florence]] dan [[Venice]] mempunyai pilihanraya, undang-undang dan kebebasan berusaha sepanjang tahun 1400an sehingga penguasaan kuasa luar pada kurun ke-16. Pemberontakan Belanda terhadap tekanan Katholik Sepanyol yang dikenali sebagai [[Perang Lapan Puluh Tahun]] selalu difikirkan selalu asal-usal nilai-nilai liberal — walaupun Belanda enggan memberi kebebasan kepada orang-orang Katholik.
 
Baris 63:
Liberalisme mula mengalami perubahan mendadak dengan membentukan pendapat yang menyatakan bahawa manusia bebas boleh membentuk asas masyarakat yang stabil. Pendapat ini pertama kalinya diketengahkan oleh [[John Locke]] (1632-1704) di dalam penulisannya bertajuk ''[[Two Treatises on Government]]''. Di dalam tulisan itu John Locke memperkenalkan dua idea liberal yang penting: kebebasan ekonomi yang bermaksud kebebasan untuk berharta dan mempergunakannya, dah kebebasan hati (''freedom of conscience'') seperti yang dibentangkan di dalam ''[[A Letter Concerning Toleration]]'' (1689). Akan tetapi, beliau tidak memperluaskan idea-idea itu kepada orang Kristian Katholik. Beliau membina pendapat awal mengenai [[hak-hak semulajadi]] (''natural rights'') yang dilihatnya sebagai "kehidupan, kebebasan dan harta"". "Teori hak-hak semulajadi" beliaulah yang menjadi asas pembentukan idea [[hak-hak asasi manusia]]. Menurut Locke lagi, harta adalah lebih penting daripada hak untuk melibatkan diri di dalam kerajaan dan pembuatan keputusan awam; beliau tidak menyokong demokrasi kerana beliau takut kepada kemungkinan pemberian kuasa kepada orang ramai akan membolehkan orang ramai mengatasi hak-hak peribadi kepada harta. Walaupun begitu, idea hak-hak semulajadi menjadi asas pemikiran yang mengiakan Revolusi Amerika Syarikat dan Perancis.
 
[[Fail:Charles_Montesquieu.jpg|thumbthumbnail|left|John Locke (1632-1704)]]
 
Di benua Eropah, [[Charles de Secondat, Baron de Montesquieu]] memperjuangkan fahaman undang-undang yang mengekang kuasa raja-raja. Fahaman tersebut telah dicatatkan oleh beliau di dalam ''[[The Spirit of the Laws]]'' yang ia adalah "lebih baik untuk mengatakan kerajaan yang paling serasi dengan alam adalah kerajaan yang serasi dengan kehendak mereka yang menubuhkan kerajaan. (Inggeris: "Better is it to say, that the government most conformable to nature is that which best agrees with the humour and disposition of the people in whose favour it is established.") daripada menerima penggunaan kuasa. Ahli ekonomi politik [[Jean-Baptiste Say]] dan [[Destutt de Tracy]] tertarik kepada "keharmonian" pasaran dan kemungkinan besar, mereka berdualah yang mencipta frasa ''[[laissez-faire]]''. Ini kemudiannya beransur-ansur menjadi asas kepada kumpulan [[fisiokrat]] dan politik ekonomi [[Jean-Jacques Rousseau|Rousseau]].
Baris 69:
Pada Zaman Kesedaran Akhir Perancis, dua tokoh mula mempengaruhi dan membentuk pemikiran liberal. Dua tokoh tersebut adalah [[Voltaire]] dan Jean-Jacques Rousseau. Voltaire mengatakan bahawa Perancis patut mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan menamatkan instituti [[Estat Kedua]]. Rousseau pula memperjuangkan kebebasan semulajadi untuk manusia. Kedua-dua tokoh mahu membina sistem sosial yang baru di mana masyarakat boleh meletakkan batasan kepada kebebasan tetapi tidak boleh memusnahkannya, walaupun pendekatan mereka berbeza. Untuk Voltaire, pendekatannya adalah lebih intelektual manakala Rousseau pula menyentuhkan kebebasan semulajadi yang mungkin berkaitan dengan pendapat [[Diderot]].
 
[[Fail:Anders Chydenius.jpg|thumbthumbnail|Anders Chydenius]]
 
Rousseau juga membicarakan mengenai kontrak sosial. Ia adalah satu konsep yang kerap dilihat di dalam sejarah pemikiran liberal. Beliau menekanan idea ini dari pendapat yang menyatakan bahawa kontrak sosial adalah satu perkara yang semulajadi dan seseorang individual itu lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk dirinya. Masyarakat beraja di zaman Rousseau kurang senang dengan membicaraan Rousseau yang mengatakan setiap manusia itu dilahirkan bebas tetapi pendidikan adalah mencukupi untuk membataskan perilaku manusia itu di dalam masyarakat. Dari pendapat itu, beliau terus menyatakan bahawa kebebasan untuk menentukan masa depan sendiri adalah kehendak setiap negara. Sekali lagi, idea Rousseau ini adalah bertentangan dengan sistem politik di Perancis di masa itu. Idea-idea Rousseau merupakan unsur-unsur utama di dalam pengisytiharan [[Perhimpunan Kebangsaan]] [[Revolusi Perancis]] serta di dalam penulisan pemikir-pemikir Amerika seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson. Menurut Rousseau lagi, perpaduan sesuatu negara itu datang dari persetujuan bersama yang dikenali sebagai "kehendak kebangsaan". Perpaduan ini membolehkan sesuatu negara itu untuk wujud tanpa terikat kepada sistem sosial yang telah wujud sebelum ini, seperti [[aristokrasi]].
Baris 77:
David Hume banyak memperkembangkan pemikiran liberal. Sumbangan terpenting beliau adalah satu karya yang bertajuk ''[[A Treatise of Human Nature]]'' yang siap ditulis sekitar 1739 dan 1740. Di dalam penulisannya itu, beliau menyatakan bahawa segala percubaan untuk mengatur kehidupan seseorang individu akan diatasi oleh peraturan asasi pengaulan manusia. Kritikannya yang terhadap [[merkantilisme]] serta pengumpulan emas dan perak jelas menunjukan pendapatnya yang sehala dengan penulisannya. Beliau menyatakan bahawa harga adalah bersangkut-paut dengan jumlah [[wang]] dan pengumpulan wang serta pengeluaran [[wang kertas]] akan mengakibatkan inflasi.
 
[[Fail:Adam Smith.jpg|thumbthumbnail|left|Adam Smith]]
 
Walaupun Adam Smith merupakan pemikir ekonomi liberal yang terkenal, beliau bukanlah yang pertama. Para [[fisiokrat]] di Perancis adalah kumpulan yang terawal yang mencadangkan ekonomi politik dan pengaturan pasaran dengan sendirinya dikaji secara teratur. Kemudiannya pada tahun 1750, [[Benjamin Franklin]] menyokong kebebasan untuk perusahaan Amerika. Di [[Sweden-Finland]], era kebebasan yang kerajaan berparlimen melahirkan seorang ahli parliment Finland yang bernama Anders Chydenius. Beliau adalah tokoh yang pertama yang mencadangkan perdagangan dan perusahaan yang bebas di dalam bukunya yang bertajuk ''[[The National Gain]]'' pada tahun 1765. Tulisan beliau bukan sahaja jelas mempengaruhi perkembangan politik dan ekonomi di negara-negara [[Nordik]], tetapi juga di kawasan-kawasan lain di masa terkemudian.
Baris 83:
Di sekitar abad yang ke-18, ahli ekonomi dan falsafah dari Scotland, Adam Smith (1723-1790) mula memperkenalkan satu teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara. Tambahan lagi, sesuatu negara itu akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas. Smith mengetengahkan idea untuk mengakhirkan sistem [[feudal]], polisi-polisi merkantilisme, monopoli negara dan memperkenalkan kerajaan "laissez-faire", iaitu satu kerajaan berasaskan pasaran bebas. Di dalam ''[[The Theory of Moral Sentiments]]'' (1759), Smith menulis tentang teori motivasi yang cuba untuk mengamankan perasaan yang menekanan kepentingan sendiri serta ketidakaturan sosial.
 
[[Fail:Immanuel Kant (painted portrait).jpg|thumbthumbnail|Immanuel Kant]]
 
Beliau memperkatakan lagi di dalam ''[[The Wealth of Nations]]'' yang ditulis pada tahun 1776 yang pasaran di bawah sesuatu syarat akan mengaturi sistemnya dengan sendirinya dan akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada satu pasaran yang terkawal yang menjadi satu perkara yang biasa diwaktu itu. Beliau hanya membenarkan kerajaan mememang tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan oleh badan yang bergantung kepada keuntungan seperti menghalang seseorang daripada menggunakan kekasaran atau penipuan untuk menghalang persaingan, perdagangan ataupun pengeluaran. Teori pencukaian beliau menerangkan bahawa kerajaan hanya patut mengenaikan cukai dengan cara yang tidak mengugat kesejahteraan ekonomi, dan "setiap rakyat sesuatu negara patut menyokong negara sebanyak boleh mengikut kebolehan sendiri; dengan ini, bermaksud hanya sebahagian daripada pendapatan mereka yang diperolehi dibawah perlindungan negara.<ref>"The subjects of every state ought to contribute towards the support of the government, as nearly as possible, in proportion to their respective abilities; that is, in proportion to the revenue which they respectively enjoy under the protection of the state."</ref> Beliau bersetuju dengan Hume yang modal, bukan emas adalah sumber kekayaan sesuatu negara.
Baris 91:
=== Liberalisme diperkayakan ===
 
[[Fail:ThomasPaine_2.jpg|thumbthumbnail|left|[[Thomas Paine]]]]
 
Pemikir-pemikir liberal awal membentuk idea-idea mereka di dalam anggapan yang hanya berkesan di dalam sistem beraja dan juga masyarakat yang mana sistem kelas dan institusi agama adalah satu perkara biasa. Walaupun ''[[Wars of the Three Kingdoms]]'' telah mewujudkan [[Komanwel England]] yang bersifat republik di antara tahun 1649 dan 1660, konsep di mana seseorang insan biasa boleh memerintah dirinya sendiri telah didiamkan selepas sistem beraja berjaya dihidupkan semula semasa ''[[English Restoration]]''. Pendapat [[individualisme]] itu hanya wujud di dalam muka buku sehingga [[Revolusi Amerika]] dan [[Revolusi Perancis|Perancis]] tercetus. Satu lagi kejadian yang mempopularkan konsep itu adalah ''[[Glorious Revolution]]'' yang berlaku di dalam tahun 1688. Akan tetapi, revolusi itu mengantikan satu raja dengan raja yang lain. Walaupun begitu, ia menguatkan [[Parlimen Britain]] sambil mengurangkan kuasa raja. Kedua-dua Revolusi Amerika dan Perancis memeluk apa yang diperkatakan oleh [[Rights of Man]] karangan [[Thomas Paine]]. Idea bersifat republik yang didokong oleh pihak [[Radikalisme|Radikal]] mempengaruhi revolusi-revolusi ini yang kemudiannya menjadi contoh-contoh penting untuk para liberal yang mendatang. Selepas itu, para liberal mula menolak tradisi yang sedia ada.
Baris 99:
[[James Madison]] adalah seorang tokoh generasi pemikir politik Amerika yang seterusnya menyokong sistem republik. Menurutnya, sesuatu republik yang mengurus negaranya sendiri bergantung ke atas persaingan di antara kepentingan-kepentingan yang berbeza. Ini akan melindungi hak-hak minoriti. Perlembagaan Amerika Syarikat mewujudkan satu sistem timbang balas: hak-hak kerajaan persekutuan yang bersaing dengan hak-hak kerajaan negeri; kuasa yang terbahagi di antara sayap [[eksekutif]], [[kehakiman]] dan [[perundangan]]; dan [[bikameralisme]] di dalam bidang kehakiman. Semua ini memastikan [[kebebasan]] individu supaya tidak bergantung kepada mana-mana satu pengaruh. Tentara dipandang dengan penuh curiga. Ini dibandingkan dengan kepercayaan yang pasukan [[militia]] sudah cukup untuk menjaga keselamatan dan pertahanan sesuatu masyarakat serta satu tentera laut untuk memastikan perdagangan akan berterusan tanpa digugat oleh lanun ataupun mana-mana pihak.
 
[[Fail:Declaration of Human Rights.jpg|thumbthumbnail|Pengisytiharan Hak-hak Manusia dan Rakyat]]
 
Di seberang [[Lautan Atlantik]], Revolusi Perancis telah mengulingkan raja, [[aristokrasi|aristokrat]] dan institusi [[Geraja Roman Katolik]]. Perubahan ini adalah lebih mendadak dan penuh dengan pertumpahan daripada Revolusi Amerika Syarikat. Satu kejadian yang penuh bersejarah berlaku apabila perwakilan di dalam [[Estet Ketiga]] mengisytiharkan bahawa golongan ini adalah perwakilan kebangsaan dan oleh itu mempunyai hak untuk mewakili seluruh rakyat Perancis. Untuk beberapa tahun yang awal, revolusi ini berlandaskan kepada idea-idea liberal tetapi perjalanan dari revolusi ke kestabilan terbukti lebih sukar dari apa yang dialami oleh Amerika Syarikat. Selain daripada tradisi [[Zaman Kesedaran]] yang sedia ada, beberapa tokoh-tokoh awal revolusi Perancis seperti [[Lafayette]] yang menyertai Peperangan Kemerdekaan Amerika Syarikat telah membawa pulang idea-idea liberal baru yang popular di Amerika ke Perancis. Di bawah pemerintahan Maximilien Robespierre kemudiannya, satu kumpulan [[Jacobin]] telah memusatkan kuasa kepada mereka sendiri dan mula tidak mengedahkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang akhirnya menyebabkan berlakunya [[Reign of Terror]]. Walaupun apa yang diperjuangkan adalah republik berperlembagaan, seorang tokoh politik dan tentera semasa revolusi iaitu [[Napoleon Bonaparte]] menjadi maharaja dari konsul dan seorang direktor pada mulanya. Sebelum Napolean meninggalkan dunia, beliau mengaku yang "Mereka mahukan seorang Washington"<ref>"They wanted another Washington"</ref>. Ini bermaksud seorang pemimpin yang boleh menubuhkan satu negara dengan kekuatan tentera tanpa satu kehendak untuk mewujudkan satu dinasti. Walaupun Revolusi Perancis gagal mencapai apa yang dicapai oleh Amerika pada masa itu, Revolusi Perancis lama-kelamaan berjaya mewujudkan satu masyarakat yang memeluk idea-idea liberal lebih erat daripada rakyat Amerika Syarikat dengan memperkenalkan undian umum untuk semua lelaki, [[kerakyatan kebangsaan]] dan satu dokumen seperti [[Bill of Rights]] Amerika syarikat, iaitu [[Pengisytiharan Hak-hak Manusia dan Rakyat]] yang berpengaruh. Tambahan lagi, kempen peperangan yang diketuai oleh Napolean membolehkan idea-idea liberal disebarkan ke seluruh Eropah.
 
[[Fail:BenitoJuarez.jpg|left|thumbthumbnail|[[Benito Juárez]]]]
 
Langkah-langkah Amerika Syarikat dan Perancis selepas itu akan menjadi contoh untuk diikuti oleh negara-negara lain. Pengulingan sistem beraja [[Sepanyol]] oleh tentera Perancis yang diketuai Napoleon pada tahun 1808 memperkuatkan gerakan kemerdekaan di [[Amerika Selatan]] yang sering bergantung kepada liberalisme sebagai pilihan alternatif terhadap [[korporatisme]], monarki dan kolonialisme. Pergerakan yang dipimpin oleh [[Simón Bolívar]] di negara-negara [[Pengunungan Andes]] berusaha membina kerajaan berperlembagaan, hak-hak peribadi dan perdagangan bebas. Pergolakan di antara para liberal dan korporatis yang konsevatif terus berlangsungan di seluruh benua tersebut dengan para liberal yang menentang kuasa paderi seperti [[Benito Juárez]] dari [[Mexico]] mengkritik kuasa Gereja Roman Katolik.
Baris 111:
Dengan tibanya zaman [[romantisme]], pergerakan liberal mula berganjak dari cadangan untuk perubahan untuk kerajaan yang sedia ada kepada pemintaan untuk perubahan. Revolusi Amerika dan Perancis menambah "demokrasi" ke dalam senarai yang mengandungi nilai-nilai liberalisme. Pendapat yang percaya bahawa seseorang itu merdeka dan mampu untuk merangka dan menguat kuasa undang-undang dan peraturan mula bergerak melepasi apa yang disarankan oleh pemikir-pemikir Zaman Kebangkitan. Mulai dari sini, liberalisme tidak lagi menekankan hak-hak peribadi di dalam sempadan sesuatu negara tetapi berpendapat yang kuasa negara datang dari sifat semula jadi manusia, diberikan oleh tuhan atau dari perjanjian di antara yang dipimpin dan yang memimpim.<ref>"The just consent of the governed"</ref> Ini memperluaskan lagi jurang di antara pemimpin-pemimpin [[autokratisme|autokratik]] dengan para liberal, mengurangkan kemungkinan satu kompromi dicapai. Di kalangan penyokong-penyokong [[monarkisme]], ini membolehkan keganasan dilakukan untuk mengembalikan kesusilaan.
 
[[Fail:Social contract rousseau page.jpg|thumbthumbnail|right|150px|[[The Social Contract, Or Principles of Political Right]] (1762) oleh Jean-Jacques Rousseau. Edisi cetakan haram dari Jerman<ref>R.A. Leigh, Unsolved Problems in the Bibliography of J.-J. Rousseau, Cambridge, 1990, plate 22. </ref>]]
 
Sifat perjanjian pemikiran liberal adalah satu perkara yang penting. Salah satu aliran yang memenuhi pemikiran liberalisme awal adalah kenyataan yang individu membuat perjanjian dan memiliki harta. Ini mungkin tidak kelihatan radikal sekarang tetapi kebanyakan undang-undang kehartaan pada masa lampau menyatakan yang harta adalah dimiliki oleh keluarga atau seseorang yang tertentu di dalam keluarga itu, seperti ketua keluarga. Perjanjian dibuat melalui hubungan [[fuedal]] dan kesetiaan peribadi dan bukan melalui pertukaran perkhidmatan ataupun barangan. Dengan secara perlahan, pandangan liberal mula memperkenalkan perjanjian melalui kerelaan sebagai batu asas yang membina kerajaan dan undang-undang yang adil. Ini telah diperjuangkan oleh Rouseau dengan pegangannya kepada konsep [[kontrak sosial]].
Baris 128:
==== Hak-hak dan utilitarianisme ====
 
[[Fail:WilhelmvonHumboldt.jpg|thumbthumbnail|left|Wilhelm von Humboldt]][[Fail:JohnStuartMill.JPG|thumbthumbnail|right|John Stuart Mill]]
 
Seorang Jerman yang bernama [[Wilhelm von Humboldt]] telah membentuk satu konsep liberalisme yang moden di dalam bukunya yang bertajuk ''[[The Limits of State Action]]''.<ref>[[Wilhelm von Humboldt]]: ''[http://oll.libertyfund.org/Home3/HTML.php?recordID=0053 The Limits of State Action]'', 1792. </ref>
Baris 147:
 
=== Zaman Kemelesetan Sedunia dan liberalisme ===
[[Fail:FDR in 1933.jpg|thumbthumbnail|Franklin D. Roosevelt]]
 
Walaupun terdapat perdebatan tentang kewujudan negara kapitalis laissez-faire pada 1930-an<ref>http://www.mackinac.org/archives/1998/sp1998-01.pdf</ref>, [[Zaman Kemelesetan Sedunia]] ditahun 1930-an mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap kapitalisme dan motif keuntungan. Orang ramai juga mula percaya yang pasaran bebas gagal membawa kesejateraan dan mengatasi kemiskinan. Pemikiran para liberal mula terganggu dengan kacau-bilau politik serta kehadiran sekatan ke atas kebebasan yang dipercayai berlaku akibat pengagihan kekayaan yang tidak sama rata. [[John Dewey]], [[John Maynard Keynes]] dan [[Franklin D. Roosevelt]] merupakan para liberal yang baru yang berpegang kepada pendapat yang menyokong pembesaran saiz kerajaan untuk melindungi kebebasan dengan membolehkan kapitalisme berterusan disamping menghalang kegiatan ekonomi yang berlebihan. Para liberal yang lain yang berpengaruh pula seperti penulis ''[[The Road to Serfdom]]'', [[Friedrich Hayek]], berpegang bahawa Zaman Kemelesatan Sedunia dan [[Perang Dunia Kedua]] adalah kejadian-kejadian yang tiada kaitan dengan liberalisme asal dan oleh itu, menolak cadangan para liberal baru untuk menguatkan lagi kuasa kerajaan di dalam pasaran.
Baris 221:
{{Link FA|sr}}
 
[[als:Liberalismus]]
[[ar:ليبرالية]]
[[an:Liberalismo]]