Perbezaan antara semakan "Perjanjian Inggeris-Siam 1909"

tiada ringkasan suntingan
{{Sejarah Malaysia}}
 
'''Perjanjian Inggeris-Siam 1909''' dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo Siam 1909. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Raja Siam di [[Bangkok]] pada 10 Mac 1909 dan diratifikasikan pada 9 Julai 1909. Kajayaan perjanjian ini sebenarnya diusahakan dan dimulakan bersungguh-sungguh oleh Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam<ref>Sejarah penggarisan dan penetapan sempadan negeri-negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 oleh Nik Anuar Nik Mahmud dalam jurnal, Malaysia Dalam Sejarah Bil 22-1994, Persatuan Sejah Malaysia</ref>. Beliau mendapati beberapa perjanjian yang dimeterai bersama Britain sebelum dia bertugas pada tahun 1906 di Siam merugikan Siam terutamanya hal ehwal perdagangan dua hala dan keistimewaan lain seperti dalam Bowring (1855) dan Perjanjian Rahsia (1897). Oleh itu, beliau telah berunding dengan pejabat kedutaan Britain di Bangkok pada tahun 1907 untuk menyeimbangkan kedudukan hubungan perdagangan dan memansuhkan hak keistimewaan Britain di Siam dengan kesediaanya memujuk Raja Chulalongkorn menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara seperti Perlis, Kedah, Terangganu dan Kelantan kepada Britain sebagai ganjaran. Tawaran itu mendapat reaksi positif daripada Ralph Paget, Duta Britain ke Siam serta Sir John Anderson, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-Negeri Selat.
 
Usaha keras strobel ini bermula apabila beliau menyampaikan hasrat tersebut kepada Putera Damrong, Menteri Am Siam ketika itu yang memangku tugas Raja Siam ketika Raja Chulalongkorn mengadakan lawatan ke luar negera. Putera Damrong menentang keras cadangan menyerahkan negeri-negeri Melayu utara kepada Britain malah Strobel sendiri dimarahi oleh Putera Damrong. Namun begitu, Strobel tidak kecewa dan putus asa. Sebaliknya beliau berazam akan memaklumkan hasrat itu kepada Raja Chulalongkorn apabila kembali dari lawatan ke luar negara. Apabila Raja Siam Pulang, Strobel memaklumkan cadangan itu dan Raja Chulalongkorn hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja kepada Britain. Strobel memaklumkan kepada Ralph Paget akan persetujuan Raja Siam yang hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja dan beliau menegaskan bahawa Raja Siam akan menimbangkan semula untuk menyerahkan Kedah dan Perlis. Ralph Paget memberitahu strobel akan hasrat British yang mahu mendapatkan Setul dan Patani (sekarang dikenali sebagai Satun) berdasarkan wilayah itu kepunyaan Kerajaan Kedah dan Ralph Paget juga bertegas mahu Pulau Langkawi diserahkan kepada Britain. Strobel kembali menemui Raja Chulalongkorn dan memaklumkan kepada baginda dengan cara menyerahkan Perlis, Kedah, Terangganu dan Kelantan sahaja pihak Britain akan mengkaji semula Perjanjian lama yang merugikan Siam. Ketegasan Strobel ini sehingga beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai Penasihat Hal Ehwal Luar Siam. Sementara itu, Sir John Anderson Gabenor Negeri-Negeri Selat amat bersetuju Britain menguasai negeri-negeri Melayu Utara malah mahu menguasai Patani dan wilayah-wilayah lain hingga ke Segenting Kra. Namun begitu, Strobel mengatakan kepada Ralph Paget, beliau tidak yakin Siam akan menyerahkan Patani kepada Britain kerana Siam mempunyai kepentingan di negeri itu berbanding negeri-Negeri Melayu Utara. Di samping itu, Strobel memaklumkan kepada Paget bahawa Raja Chulalongkorn hanya bersedia menyerahkan negeri yang ia tidak mepunyai kuasa kawalan. Kegagalan Britain mendapatkan Patani mengecewakan Paget, walau bagaimanapun, Paget tidak mahu menekan Siam kerana tidak mahu Siam membatalkan rundingan menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara. Demi menyelamatkan Perlis,Kedah, Kelantan dan Terangganu, kepentingan Patani terpaksa dikorbankan. Di samping itu, Paget juga gagal mendapatkan Wilayah Setul daripada Siam apabila Raja Chulalongkorn enggan menyerahkannya atas alasan melindungi kepentingan orang sam-sam yang telah berhijrah dan mula bertambah di wilayah Setul. Pada tahun 1908 Strobel meninggal dunia tetapi rundingan tersebut tetap diteruskan. Semasa rundingan tersebut pelbagai syarat yang dikenakan oleh Siam seperti pihak Britian perlu menanggung kos pembinaan jalan Keretapi di Siam ketika itu. Kedua-dua pihak meneruskan perbincangan ini dari tahun 1907 hingga 1909.
# Kelantan menerima penasihat British pada tahun 1910.
# Terengganu menerima penasihat British pada tahun 1919.
 
 
== Rujukan ==
<ref>Sejarah penggarisan dan penetapan sempadan negeri-negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 oleh Nik Anuar Nik Mahmud dalam jurnal, Malaysia Dalam Sejarah Bil 22-1994, Persatuan Sejah Malaysia</ref>.
 
 
[[Kategori:Selatan Thailand]]
Pengguna awanama