Salleh Ghani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 14:
 
Bagi meneruskan kehidupan Salleh Ghani beralih kepada bidang pengarahan drama TV setelah Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan projek drama swasta pada awal 1980-an. Projek drama swasta tercetus daripada idea Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang pada masa itu menjadi Menteri Penerangan. Cerita filem Seri Mersing dipindahkan kepada drama TV dengan judul "Tragedi Seri Mersing." Drama yang dihasilkan oleh Salleh Ghani itu telah muncul sebagai salah satu rancangan televisyen yang menarik di stesen RTM.
Telah menerima beberapa anugerah Tokoh dari Gafim dan juga FINAS.Keseluruhannya Salleh Ghani telah mengarahkan lebih kurang 12 buah filem dan beberapa drama TV.
Sebahagian daripada waris dan keluarga Allahyarham Salleh Ghani bergambar kenangan dengan Raja Hamidah selepas majlis Bual Bicara Seniman di FINAS
 
Salleh Ghani mengakhiri zaman bujangnya pada tahun 1953 dengan mendirikan rumahtangga bersama Raja Hamidah binti Raja Sa’at yang juga pelakon filem di Singapura. Perkahwinan itu dikurniakan 12 orang cahaya mata, iaitu Normala, Zulkiflee, Norashikin, Lukmanul, Hakim, Norsidah, Mohd Noor, Adam, Mariam, Mohd Effendi, Ahmad Abdullah dan Muhammad Taib.
Baris 20:
Pengarah dan pelakon berkaliber itu terpaksa berundur daripada bidang perfileman yang sebati dengan jiwanya itu setelah menderita sejenis sakit barah. Namun dalam keuzuran itu, Salleh Ghani meneruskan usaha menulis sambungan skrip "Tragedi Seri Mersing." Usaha itu terhenti di pertengahan jalan apabila menghembuskan nafas terakhirnya pada 20 Ogos 1986 di rumahnya di Klang Gate, Selangor.
 
Semoga Allah mencucurkan rahmat ka atas rohnya!