Persekutuan Pengakap Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mueiemax (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Mueiemax (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 48:
 
==Sejarah kepengakapan di Malaysia==
 
Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran [[Lord Baden-Powell]] atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh [[Sir Frank Cooper Sands]], seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.
 
===Kronologi penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri===
 
{| class="wikitable"
|- align="wrap"
|- align="center" bgcolor="purple"
||<font color="white">'''Negeri'''</font color>||<font color="white">'''Tarikh'''</font color>
|-
|rowspan="2"|Pulau Pinang||1910, ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang oleh En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin
|-
||1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman
|-
||Kuala Lumpur dan Selangor|| 1910, ditubuhkan di [[Victoria Institution]] (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw
|-
|rowspan="2"|Pahang||1912
|-
||1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet
|-
||Sabah|| 1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan
|-
||Sarawak|| 1915, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Kuching
|-
||Kedah|| 1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield
|-
||Perak|| 1926, oleh L R Wheeler di [[Kolej Melayu Kuala Kangsar]]
|-
||Melaka|| 1926, dibawa oleh R Brunstone
|-
||Negeri Sembilan|| 1926, juga oleh R. Brunstone
|-
||Terengganu|| 1927, ditubuhkan oleh A J Gracle
|-
||Kelantan|| 1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di [[Maktab Sultan Ismail]]
|-
||Johor|| 1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini [[Maktab Sultan Abu Bakar]])
|-
||Perlis|| 1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara
|-
 
 
 
|}
 
 
Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas [[Perang Dunia Kedua]], pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi '''Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu'''. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 '''Persekutuan Pengakap Malaysia''' ditubuhkan.
 
Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.
 
==Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia==