School Rumble: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
→‎Kelas 2-C: Gunakan istilah dalam Bahasa Melayu
Baris 73:
;{{nihongo|Tsukamoto Tenma|塚本 天満}}:Watak perempuan utama yang jatuh cinta terhadap Oji. Dia dilihat sebagai bersaiz kurang tinggi dan kurang matang berbanding usianya, sehingga tersilap anggap sebagai lebih muda berbanding rakan-rakan sekelas dan adiknya Yakumo. Salah satu sifat fizikal yang jelas ialah dua utas tocang yang kecil pada rambutnya yang sering bergoyang-goyang apabila dia teruja. Sungguhpun juga kurang bijak, sukar diharap dan sering tersalah faham situasi yang jelas, namun Tenma amat baik hati dan mesra.
 
;{{nihongo|Harima Kenji|播磨 拳児}}:Watak lelaki utama ini ialah seorang [[delinkuensamseng]] yang jatuh hati pada Tenma. Tidak ramai orang yang mampu menandinginya dalam pergaduhan berhadap-hadapan. Tambahan pula dia boleh berkomunikasi dengan haiwan. Harima sering bersusah-payah untuk meluahkan perasaan kepada Tenma, walaupun Tenma tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya dan mungkin membencinya. Kenji juga terpaksa menangani situasi-situasi yang melibatkan Eri dan Yakumo tanpa menyedari perasaan mereka terhadapnya. Sehingga kini, Tenma masih belum dapat mendengar luahannya dengan betul-betul.
 
;{{nihongo|Karasuma Oji|烏丸 大路|Karasuma Ōji}}:Pelajar lelaki yang diburu Tenma dan digambarkan sebagai seorang yang aneh laku dan keras muka. Dia juga mempunyai tabiat-tabiat pelik seperti berpakaian seperti seekor [[Kappa (makhluk)|kappa]] ketika hujan, iaitu main kata bahasa Jepun terhadap perkataan untuk baju hujan. Dia juga menggemari [[kari]]. Sungguhpun tidak diakuinya, dia kelihatan amat pandai mengelak mana-mana pelancar terbang termasuk "Hurricane Kick" Harima. Karasuma menyimpan rahsia bahawa dirinya seorang [[mangaka]] yang menerbit karya-karyanya di bawah nama samarannya Nijō jō (二条丈). Meskipun nampaknya luahan Tenma terhadap Oji tidak terbalas, di sebalik muka keras itu dia kadang-kadang mempamerkan rasa prihatin yang ikhlas terhadapnya dalam cerita ini.