Parti Kebangsaan Sarawak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29:
 
==Krisis Perpecahan==
Pada 1962, setahun selepas penubuhan SNAP, Thomas Kana, seteru lama dan rakan sekerja [[Stephen Kalong KingkanNingkan]] semasa mereka berkhidmat di hospital [[Kuala Belait]] [[Brunei]], telah membantu menubuhkan [[Parti Pesaka Anak Sarawak]] (PESAKA) sebuah lagi parti kaum [[Iban]] yang terus memecah-belahkan masyarakat [[Dayak]]. PESAKA kemudiannya bergabung dengan [[Parti Bumiputera]] yang merupakan gabungan [[Barisan Rakyat Jati Sarawak]] (BARJASA) dan [[Parti Negara Sarawak]] (PANAS) untuk membentuk [[Parti Pesaka Bumiputera Bersatu]] (PBB) pada 1973.
Pada 1981, Datuk Amar Dr. [[Leo Moggie Anak Irok]] bersama [[Daniel Tajem]] setelah gagal menjatuhkan Datuk Amar [[James Wong Kim Min]] dan berpecah dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menubuhkan parti serpihan [[Parti Bansa Dayak Sarawak]] (PBDS) dan mendaftarkannya pada 1983.
Baris 47:
SNAP telah menjadi salah sebuah parti komponen [[Barisan Nasional|Perikatan]] semenjak Sarawak merdeka dan menyertai penubuhan gagasan persekutuan [[Malaysia]] pada 1963.
 
Pada 1965, SNAP telah disingkir dari gabungan [[Barisan Nasional|Perikatan]] setelah usaha pengulingan [[Stephen Kalong Ningkan]] dari jawatan Ketua Menteri<ref>[http://selangaump2008.blogspot.com/2009/02/dato-stephen-kalong-ningkan-re-emerges.html STEPHEN KALONG NINGKAN V. TUN ABANG HAJI OPENG AND TAWI SLI, FEDERAL COURT KUCHING, OCJ HARLEY A-G (BORNEO), CJ, KUCHING CIVIL SUIT NO. K 45 OF 1966, 7 SEPTEMBER 1966]</ref> atas alasan kerana sokongan dan desakan SNAP bagi peningkatan kuasa autonomi untuk negeri Sarawak. Dalam Pilihan Raya Umum 1974, SNAP telah bersekutu dengan [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP) dan kedua-duanya telah cermerlang memenangi 9 kerusi parlimen masing-masing. SNAP telah berkempen mementang polisi Ketua Menteri [[Abdul Rahman Ya'akub]] yang pro-Melayu yang meminggirkan dan menindas bukan Melayu terutama kaum [[Dayak]]. Ini telah menjurus kepada penangkapan dan penahanan presiden SNAP dan Ketua Pembangkang, James Wong di atas Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). [[Leo Moggie Anak Irok|Leo Moggie]] telah diangkat sebagai pemimpin dan telah mengikhtiarkan pembebasan James Wong dan kemasukan semula ke dalam [[Barisan Nasional]].
 
Pada 1976, SNAP telah menyertai semula [[Barisan Nasional]] yang baru mengantikan Perikatan walaupun dengan kuasa yang jauh lebih kurang dari masa permulaan dahulu di mana presidennya memegang jawatan Ketua Menteri, selama hampir 3 dekad sehingga 2004.