Liberalisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: za:Swyouzcujyi
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
k Bot: Menggantikan Adam_Smith.jpg dengan AdamSmith.jpg.
Baris 77:
David Hume banyak memperkembangkan pemikiran liberal. Sumbangan terpenting beliau adalah satu karya yang bertajuk ''[[A Treatise of Human Nature]]'' yang siap ditulis sekitar 1739 dan 1740. Di dalam penulisannya itu, beliau menyatakan bahawa segala percubaan untuk mengatur kehidupan seseorang individu akan diatasi oleh peraturan asasi pengaulan manusia. Kritikannya yang terhadap [[merkantilisme]] serta pengumpulan emas dan perak jelas menunjukan pendapatnya yang sehala dengan penulisannya. Beliau menyatakan bahawa harga adalah bersangkut-paut dengan jumlah [[wang]] dan pengumpulan wang serta pengeluaran [[wang kertas]] akan mengakibatkan inflasi.
 
[[Fail:Adam SmithAdamSmith.jpg|thumbnail|left|Adam Smith]]
 
Walaupun Adam Smith merupakan pemikir ekonomi liberal yang terkenal, beliau bukanlah yang pertama. Para [[fisiokrat]] di Perancis adalah kumpulan yang terawal yang mencadangkan ekonomi politik dan pengaturan pasaran dengan sendirinya dikaji secara teratur. Kemudiannya pada tahun 1750, [[Benjamin Franklin]] menyokong kebebasan untuk perusahaan Amerika. Di [[Sweden-Finland]], era kebebasan yang kerajaan berparlimen melahirkan seorang ahli parliment Finland yang bernama Anders Chydenius. Beliau adalah tokoh yang pertama yang mencadangkan perdagangan dan perusahaan yang bebas di dalam bukunya yang bertajuk ''[[The National Gain]]'' pada tahun 1765. Tulisan beliau bukan sahaja jelas mempengaruhi perkembangan politik dan ekonomi di negara-negara [[Nordik]], tetapi juga di kawasan-kawasan lain di masa terkemudian.