Penterjemahan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
]
 
'''Penterjemahan''' atau '''alih bahasa''' ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam [[bahasa]] yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada [[budaya]] asing.
 
Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras dengan perkembangan [[teknologi]], penterjemahan sudah boleh dibantu dengan mesin, iaitu [[penterjemahan mesin]].
 
 
== Prinsip penterjemahan ==
Penerjemahan merupakan satu pekerjaan yang memerlukan kesungguhan. Ini adalah kerana penerjemahan yang tidak bersungguh-sungguh akan menimbulkan kekeliruan pembaca dan lebih-lebih lagi menimbulkan salah faham pembaca terhadap maksud pengarang teks sumber. Oleh itu, penerjemahan seharusnya dilakukan dengan berpandu kepada prinsip-prinsip yang tertentu.