The Fellowship of the Ring: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: zh:魔戒現身 mengubah: pt:The Fellowship of the Ring; perubahan kosmetik
Baris 4:
 
{{spoiler}}
== Buku I ==
 
Set pertama ini adalah permulaan pengembaraan bagi [[Hobbit]] [[Frodo Baggins]] apabila dia melarikan diri dari rumahnya di [[Shire]] untuk mengelakkan diri dari orang suruhan [[Sauron]]. Sauron mencari [[Cincin yang Satu]] yang akan membolehkannya memerintah [[Bumi-tengah]]. Cincin tersebut telah diwariskan kepada Frodo yang mendapati dirinya terlibat tanpa disengajakan ke dalam kancah perebutan kuasa.
Baris 12:
Dengan mengikut nasihat ahli sihir [[Gandalf]], Frodo meninggalkan rumahnya bersama Cincin tersebut. Dengan harapan untuk tiba ke [[Rivendell]], di mana dia akan selamat daripada Sauron, dan di mana terdapat orang yang lebih bijak untuk menentukan apa yang harus dilakukan dengan Cincin tersebut.
 
Dengan ditemani tiga sahabat hobbit, [[Peregrin Took|Pippin]], [[Meriadoc Brandybuck|Merry]], dan [[Samwise Gamgee|Sam]], mereka berhadapan dengan Penunggang Hitam [[Nazgûl|Hantu Cincin]] yang berkhidmat untuk Sauron. Selepas mereka nyaris-nyaris ditangkap, banyak lagi bahaya yang mereka tempuh dan berkesempatan untuk menemui watak lain di sepanjang perjalanan (cth: [[Tom Bombadil]]) dan kemudian tiba ke [[Bree (Bumi-tengah)|Bree]], lalu bertemu dengan [[Aragorn|Strider]], sahabat Gandalf yang membantu mereka dalam perjalanan seterusnya ke Rivendell. Frodo ditikam di pergunungan [[Weathertop]] oleh ketua Nazgûl ([[Raja Sihir Angmar]]), dengan 'bilah morgul' — sebahagian bilah itu tertinggal di dalam tubuhnya yang membuatkannya semakin sakit dalam perjalanan. Mereka juga melalui troll yang menjadi batu dalam buku sebelumnya, ''[[The Hobbit]]''.
 
=== Bab ===
 
* '''I – ''A Long-expected Party'' (Parti yang Dinanti-nantikan)''' – mengisahkan parti ulang tahun kelahiran Bilbo dan Frodo dan berakhir dengan Bilbo meninggalkan [[Shire]].
* '''II – ''The Shadow of the Past'' (Bayangan Silam)''' - Gandalf memberitahu Frodo tentang hakikat cincin tersebut dan bagaimana ia harus dibawa ke Mordor dan dimusnahkan. Sam yang mendengarnya di tingkap telah disuruh menemani Frodo. Pada ketika ini, Penunggang Hitam menuju ke Shire.
* '''III – ''Three is Company'' (Tiga Teman)''' - Frodo menjual [[Bag End]], dan secara rasminya akan berpindah ke sebuah rumah di Crickhollow di kawasan luar [[Bucklebury]] di [[Buckland]], ketika dia merancang untuk menghilang tanpa menyebabkan kekecohan. Frodo, Sam dan Pippin keluar melalui Farthing Selatan Shire menuju Buckland, dan bertembung dengan Penunggan Hitam. Mereka juga berjumpa dengan [[Gildor]], si elf dengan elf yang lain.
* '''IV – ''A Short Cut to Mushrooms'' (Jalan Pintas ke Kebun Cendawan)''' – Mereka berjumpa dengan Pekebun Maggot, hobbit tua yang ditakuti Frodo sejak kecil ketika mengambil jalan pintas. Mereka mendapati yang dia hobbit yang baik dan memberikan mereka sedikit cendawannya yang baik. Merry menyertai mereka akhirnya.
* '''V – ''A Conspiracy Unmasked'' (Rancangan Dibongkar)''' – Bertempat di rumah baru Frodo di Crickhollow. Tajuk bab ini merujuk kepada Frodo yang memberitahu Merry dan Pippin tentang misinya. Mereka juga bertemu dengan Fatty Bolger, kawan Frodo. Frodo memuruskan untuk bertolak pada hari yang berikutnya melalui Belantara Tua (''Old Forest''). Ia adalah tempat yang berbahaya tetapi Frodo mahu Frodo mengelakkan jalan utama yang memungkinkan mereka terserempak dengan Penunggang Hitam.
* '''VI – ''The Old Forest'' (Belantara Tua)''' – Walaupun berusaha untuk mengelakkan masalah, mereka tetap sesat dan menuju ke Sungai Withywindle, "bahagian yang paling pelik dalam hutan". Semua hobbit tiba-tiba tertidur dan Merry dan Pippin terperangkap di dalam ''Orang Tua Willow (Old Man Willow)'', dan dibebaskan hanya ketika [[Tom Bombadil]] tiba.
* '''VII – ''In the House of Tom Bombadil'' (Di Rumah Tom Bombadil)''' - Tom mengetahui banyak tentang hobbit, dan pernah mencuba ke atas Cincin yang Satu walaupun tidak berapa mempengaruhinya. (Ia tidak menjadikannya halimunan). Frodo mencuba Cincin tersebut sama ada ia 'berfungsi', dan Tom Bombadil masih mampu melihat Frodo walaupun ketika dia memakainya.
* '''VIII – ''Fog on the Barrow-downs'' (Kabus di Barrow-downs)''' – Berjalan melalui Barrow-downs, menyebabkan hobbit ditangkap dan dipenjarakan oleh Barrow-wights, yang menyebabkan mereka diselamatkan sekali lagi oleh Tom Bombadil. Hobbit diberikan senjata istimewa: belati Orang Barat yang direka khas untuk menentang Sauron dan konco-konconya.
* '''IX – ''At the Sign of the Prancing Pony'' (Di Papan Tanda Prancing Pony)''' – Hobbit tiba di rumah tumpangan [[Prancing Pony]] di Bree, di mana Frodo menggunakan nama Encik Underhill untuk tidak menggunakan nama Baggins. Merry memutuskan untuk keluar bersiar-siar sementara yang lain ke Ruang Umum untuk minum. Frodo kemudian bertemu dengan orang asing bernama Strider, Renjer dari Utara. Walau bagaimanapun, Pippin yang telah banyak minum dan mula bercakap banyak dengan melupakan bahaya yang mereka sedang alami lalu membuatkan Frodo menyanyi untuk mengelakkan Pippin bercakap terlalu banyak. Ketika Frodo sedang menyanyi, dia tergelincir dan terjatuh lallu Cincin tersebut keluar dan tersarung di jarinya menyebabkan dia hilang dari pandangan dan menimbulkan kekecohan di Bree. Frodo melarikan diri ke penjuru dan Strider memberitahunya terdapat beberapa orang yang melihat kejadian itu terus keluar.
* '''X – ''Strider'' (Strider)''' - Strider yang pada mulanya mencurigakan kini menjadi ramah. Penjaga rumah penginapan, Butterbur, memberikan Frodo surat terkini daripada Gandalf, yang memberitahunya bahawa Strider merupakan sahabat Gandalf dengan nama sebenar iaitu Aragorn. Frodo menyedari Merry masih tidak bersama mereka sehingga tidak berapa lama kemudian, dia muncul di dalam bilik dengan ketakutan. Dia melihat beberapa orang dari Bree bercakap dengan beberapa Penunggang Hitam. Strider memutuskan untuk berpindah ke tempat lain memandangkan tidak selamat di situ.
* '''XI – ''A Knife in the Dark'' (Pisau dalam Gelap)''' – Penunggang Hiitam menyerang rumah penginapan malam itu dan memusnahkan bilik yang sepatutnya hobbit tinggal dan menunggang kuda keliling Bree. Hobbit terpaksa membeli kuda padi yang kurus dan kecil dari Bill Ferny (perisik Penunggang Hitam) lantas mereka meninggalkan pekan tersebut dengan Strider. Mereka melepasi Paya Midgewater dan tiba di gunung yang terkenal dengan nama Weathertop. Bencana berlaku apabila Strider meninggalkan mereka dan mereka diserang lima Penunggang Hitam. Frodo cuba untuk memakai Cincin tersebut dan melarikan diri tapi tak berjaya. Ketua Nazgûl (Raja Sihir) menikam Frodo dengan pedang morgul yang meracuninya dan Penunggang hampir dikalahkan apabila Strider tiba disaat-saat terakhir.
* '''XII – ''Flight to the Ford'' (Menuju ke Harungan)''' - Strider kembali dan cuba untuk merawat Frodo dengan tumbuhan bernama Athelas. Dia membantu melegakan sedikit kesakitan tetapi Frodo ditikam oleh pedang yang bukan sebarangan. Dia harus ke [[Rivendell]] untuk mengubatinya. Mereka melepasi trol batu, yang ditukarkan kepada batu oleh Gandalf dalam ''The Hobbit''. Mereka semakin hampir ke Rivendell tanpa sebarang tanda kemunculan Penunggang Hitam. Kemudian, mereka bertemu dengan Elf [[Glorfindel]] dari Rivendell, yang terkenal kerana pernah melawan menentang Penunggang sebelum itu dan masih ditakuti mereka. Dia kemudian pergi bersama mereka ke Harungan Rivendell, tetapi Penunggang kemudian muncul mengejar mereka. Frodo terpaksa pergi dengan kuda Glorfindel. Frodo cuba bertahan di Sungai tetapi tewas kerana takut dengan Penunggang tersebut. Penunggang hampir mendapatkannya sebelum mereka hanyut oleh aor Sungai yang meninggi ketika Frodo tidak sedarkan diri.
 
== Buku II ==
 
Buku II meriwayatkan Frodo ketika berada di Rivendell, where a plan is hatched to destroy the Ring in [[Mordor]]. Pada mulanya, Frodo berjumpa dengan pak ciknya, [[Bilbo]] yang tidak pernah dilihat sejak meninggalkan Hobbiton. Frodo bertolak dari dengan lapan teman yang lain: dua Manusia, [[Aragorn]] dan [[Boromir]], anak kepada Penjaga [[Gondor]]; putera Elf, [[Legolas]]; kawan Frodo dan ahli sihir hebat, Gandalf; [[Gimli (Bumi-tengah)|Gimli]] si orang Kerdill dan tiga teman Frodo yang asal. Kesembilan mereka dipilih untuk mewakili semua kaum yang bebas di Bumi-tengah dan sebagai immbangan bagi sembilan Penunggang Hitam. Mereka juga ditemani Bill si Kuda Padi yang mereka perolehi dari Bree. Mereka cuba untuk merentasi Pergunungan Misty tetapi dihalangan oleh salji sangat sangat tebal lalu mereka berpatah balik untuk melalui bawah gunung iaitu melalui [[Moria (Bumi-tengah)|Moria]], kerajaan purba masyarakat Kerdil yang kini dipenuhi [[Orcs]] dan makluk jahat lain, di mana Gandalf jatuh ke dalam gaung ketika bertarung dengan [[Balrog]].
 
Lapan ahli lain yang tinggal berada di [[Lothlórien]] buat sementara dan di sana, mereka menerima pemberian dari ratu [[Galadriel]] yang berguna dalam misi mereka. Mereka meninggalkan Lothórien dengan menggunakan sungai tetapi Frodo mula menyedari Cincin tersebut mula memberikan kesan kepada ahli Persahabatan terutamanya kepada Boromir yang cuba mengambil cincin itu dari Frodo. Lalu Frodo menyarungkan cincin ke jarinya untuk melarikan diri. Kemudian, Boromir diserang orc ketika melindungi Merry dan Pippin. Buku ini berakhir apabila Frodo dan Sam pergi ke [[Mordor]] dan Persahabatan Cincin kini dibubarkan.
 
=== Bab ===
 
* '''I – ''Many Meetings'' (Perjumpaan Ramai)''' – Selepas bangun dari tidur selama empat hari, Frodo bertemu dengan Gandalf dan Bilbo sekali lagi. Dia turut berjumpa dengan orang kerdil [[Gloin]] dari ''The Hobbit'', Elrond dan yang lain.
* '''II – ''The Council of Elrond'' (Majlis Elrond)''' – Sebuah majlis mesyuarat yang dihadiri ramai orang dimulakan. Gandalf memberitahu kisah tentang dia yang melarikan diri daripada Saruman dan mereka memutuskan untuk memusnahkan cincin tersebut. Frodo dengan rela hati menawarkan diri untuk membawanya ke Mordor.
* '''III – ''The Ring goes South'' (Cincin Menuju ke Selatan)''' – Sembilan ahli Persahabatan menuju ke selatan melalui [[Hollin]]; mereka cuba untuk menggunaka laluan di pergunungan Caradhras tetapi terpaksa berpatah balik.
* '''IV – ''A Journey in the Dark'' (Perjalanan Dalam Gelap)''' – Mereka menuju ke gerbang Moria, di mana mereka berhadapan dengan makhluk tasik di hadapannya. Gandalf membuka pintu dengan kata sihir dan mereka tiba di makam [[Balin]].
* '''V – ''The Bridge of Khazad-dûm'' (Jambatan Khazad-dûm)''' – Setelah di serang oleh orc, trol dan balrog, mereka menuju ke jambatan di Khazad-dûm, di mana Gandalf dan balrog jatuh darinya.
* '''VI – ''Lothlorien'' (Lothlorien)''' – Kumpulan mereka bertemu dengan elf-elf Lorien. Elf dengan keberatan membenarkan Gimli si orang kerdil melaluinya. Aragorn membawa Frodo ke bukit [[Cerin Amroth]]. Ketika ini, Gandalf sedar dan kembali dan terbaring kaku.
* '''VII – ''The Mirror of Galadriel'' (Cermin Galadriel)''' – Kumpulan mereka berjumpa dengan Celeborn dan [[Galadriel]]. Frodo ditunjukkan cermin Galadriel.
* '''VIII – ''Farewell to Lorien'' (Selamat Tinggal kepada Lorien)''' – Masyarakat elf memberikan mereka mantel, roti elf dan pemberian lain; mereka meninggalkan Lorien dengan menggunakan perahu menyusuri Sungai Besar. Gandalf tiba di Lorien.
* '''IX – ''The Great River'' (Sungai Besar)''' – Mereka mendapati Gollum mengikuti mereka dengan menaiki sebatang kayu; mereka tiba di air terjun Rauros, mereka harus memilih untuk bertolak ke timur atau ke barat tebing sungai untuk melepasi air terjun tersebut.
* '''X – ''The Breaking of the Fellowship'' (Perpecahan Persahabatan)''' – Mereka tiba di Parth Galen; mereka masih belum meilih untuk ke timur ata ke barat; Boromir cuba untuk mengambil Cincin daripada Frodo, yang memakainya untuk melarikan diri. Ahli lain pula berpecah mencari Frodo. Frodo dan Sam menyeberangi sungai dan menuju ke timur.
 
== Takdir ==
Di sebalik perkara yang menimpa ke atas pembawa cincin dan Persahabatan, pembaca mula menyedari akan ''takdir'' yang menunjukkan bahawa Kebaikan akan mengatasi Kejahatan juga pada akhirnya.
 
Baris 56:
Lihat juga: ''[[The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring]]'', maklumat tentang filem.
== Pautan Luar ==
* {{en}} [http://www.indepthinfo.com/tolkien/index.shtml Dunia J.R.R. Tolkien]
* {{en}} [http://monomyth.org/index.php?module=article&view=8 MonoMyth.org – Struktur Mitologi Persahabatan Cincin]
Baris 87:
[[no:Ringens brorskap]]
[[pl:Drużyna Pierścienia (książka)]]
[[pt:AThe SociedadeFellowship doof Anelthe Ring]]
[[ro:Frăţia Inelului]]
[[ru:Братство кольца]]
Baris 95:
[[tr:Yüzüklerin Efendisi: Yüzük Kardeşliği]]
[[uk:Братство Персня]]
[[zh:魔戒現身]]