Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 28:
 
==Sejarah==
 
===Penubuhan dan Pembubaran UPKO Lama (1964-1967)===
Pada asalnya, UPKO adalah merupakan [[Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan]]; sebuah parti yang ditubuhkan pada Mei 1964 hasil gabungan daripada [[Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu]] (United Kadazan National Organisation - UNKO, asalnya ditubuhkan oleh Ketua Menteri Sabah Pertama, Dato' Donald Stephans pada Ogos 1961), dan [[Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu]] (United Pasok Momogun Organisation - PASOK MOMOGUN, ditubuhkan pada Januari 1962 oleh Orang Kaya Kaya Datuk G. S. Sundang); dua buah parti politik yang masing-masing memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa KDM.
 
Baris 36 ⟶ 38:
Impian kaum KDM untuk memimpin pembangunan negeri Sabah seakan-akan terserlah berikutan kejayaan dua buah parti politik berbilang kaum, iaitu [[Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah]] (BERJAYA) dan [[Parti Bersatu Sabah]] (PBS), antara tahun [[1976]] hingga [[1994]]. Mungkin antara saat-saat yang paling manis dalam perjuangan politik kaum KDM ialah semasa PBS melahirkan [[Ketua Menteri Sabah]] daripada suku bangsa mereka selama dua penggal, iaitu dari tahun [[1985]] hingga tahun [[1994]].
 
===Penubuhan PDS (1994)===
{{main|Parti Demokratik Sabah}}
 
Baris 51 ⟶ 53:
Bagaimanapun, PDS tidak mampu mengangkat seruan tersebut. Justeru para pemimpin PDS membuat keputusan untuk mengorbankan PDS supaya dapat membolehkan UPKO, pertubuhan politik yang diasaskan untuk menyatukan bangsa KDM pada awal kesedaran politik bangsa KDM, dihidupkan kembali.
 
===Pembubaran PDS dan Penubuhan Semula UPKO (1999)===
Keputusan untuk menghidupkan semula UPKO ibarat kata pepatah, "Kalau sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan". Pada [[28 Julai]] [[1999]], Mesyuarat Majlis Tertinggi PDS bersetuju dengan sebulat suara untuk mengorbankan PDS bagi menghidupkan semula [[Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan]] (1964-1967) dengan perubahan nama sedikit sebagai [[Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu]] tetapi mengekalkan singkatan yang sama iaitu UPKO. Dalam Kongres PDS yang ke-5 pada [[8 Ogos]] [[1999]], para perwakilan juga bersetuju dengan keputusan itu. Bendera PDS kemudian diturunkan dan pada masa yang sama, bendera UPKO dinaikkan.