Barisan Sosialis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Labuu (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Labuu (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
Dalam [[Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959]] yang pertama, SF telah memenangi 8 kerusi di peringkat kebangsaan menjadikannya party yang ketiga besar di [[Parlimen Malaysia]] selepas [[Parti Perikatan]] dan [[Parti Islam Se-Malaysia|Parti Islam Se-Malaya]] (PAS). Sementara itu, SF juga memperkuatkan penguasaannya di peringkat kerajaan tempatan seperti di [[Pulau Pinang]], di mana SF telah menguasai 14 dari 15 kerusi bagi kerajaan tempatan [[George Town]] selepas pilihan raya Majlis Bandaran pada 1961. Pada 1965, SF telah menguasai majlis bandaran di [[Pulau Pinang]] dan [[Melaka]] serta juga majlis tempatan di [[Seremban]] dan [[Serdang]]. Faktor-faktor kemiskinan, gaji upah yang kecil dan kesihatan serta perkhidmatan bekalan elektrik dan air menjadi tapak sosialisme berkembang ketika itu. Aktivis kesatuan sekerja, N. Patkunam, seorang ahli pengasas dan ahli jawatankuasa pusat [[Parti Buruh Malaya]] telah memenangi kerusi majlis tempatan [[Sungai Pinang]] pada pilihan raya 1958 dan 1961 dan seterusnya dilantik Timbalan Datuk Bandar pada 1960. Sebagai seorang guru yang muda, beliau telah menjual tanah pusaka ibu bapanya di Green Lane dan menyerahkan hasil jualannya kepada partinya demi untuk memperjuangan menwujudkan satu masyarakat sosialis yang dapat menbenteras kemiskinan dan mendokong pembahagian kekayaan negara secara adil dan saksama.
 
SF telah bertambah kukuh apabila bekas Menteri Pertanian (1955-63), [[Abdul Aziz Ishak]], membawa parti barunya [[Parti Perhimpunan Kebangsaan]] atau [[National Convention Party]] (PPK) untuk menyertai gabungan Barisan Sosialis (SF) apabila beliau disingkirkan daripada UMNO.<ref>{{cite book | last = Weiss | first = Meredith Leigh | authorlink = | coauthors = | title = Protest and Possibilities: Civil Society and Coalitions for Political Change in Malaysia | publisher = Stanford University Press | date = 2005 | location = Palo Alto | pages = 324 | url = | doi = | id = | isbn = 0804752958 }}</ref>. Kerana tekanan hasil pengaruh SF yang berkembang, kerajaan persekutuan [[Parti Perikatan|Perikatan]] telah berusaha menjatuhkannya melalui propaganda mengaitkan sosialisma dengan komunisma dan mendakwanya anti-agama. Pengaruh puak ber[[haluan kiri]] SF yang bertambah semakin kuat telah menyebabkan tindakan keras dari kerajaan [[Parti Perikatan|Perikatan]] pimpinan [[UMNO]].
 
Pada [[1963]], sejurus selepas peristiwa [[Konfrontasi Indonesia-Malaysia]] pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. SF dilihat sebagai pro-Indonesia dan semua pemimpin ''Barisan Sosialis'' telah diberkas. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah [[Ahmad Boestamam]] (presiden PRM), [[Ishak Haji Muhammad]] (presiden PBM) serta [[Abdul Aziz Ishak]] (ketua [[GERAM]]), Datuk [[Kampo Radjo]] (kemudian menjadi presiden PRM), [[Tan Kai Hee]], [[Tan Hock Hin]], Dr. Rajakumar, [[Hasnul Hadi]], [[Tajuddin Kahar]] dan ratusan yang lain. Rapat umum dan demonstrasi besar-besaran telah diadakan pada 13 Februari 1965 di Kuala Lumpur sempena ulang tahun kedua penahanan Ahmad Boestamam<ref>{{cite book | last = Weiss | first = Meredith Leigh | authorlink = | coauthors = | title = Protest and Possibilities: Civil Society and Coalitions for Political Change in Malaysia | publisher = Stanford University Press | date = 2005 | location = Palo Alto | pages = 324 | url = | doi = | id = | isbn = 0804752958 }}</ref>.