Tenaga nuklear: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Letak rujukan jika ada tag fact.
Baris 6:
Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
 
Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli [[fizik]] [[Orang Perancis|Perancis]] bernama [[Henri Becquerel]] pada tahun 1896, ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan di dalam gelap berdekatan dengan [[uranium]] telah berubah kehitaman seperti kepingan [[sinar X]], yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895.<ref>[http://nobelprize.org/nobel_prizes/physics/laureates/1903/becquerel-bio.html Henri Becquerel, The Nobel Prize in Physics 1903]</ref>
 
Tenaga nuklear dibebaskan oleh tiga proses [[eksoterma]], iaitu "[[Pereputan radioaktif]]", yang melibatkan satu [[proton]] atau [[neutron]] dalam nukleus radioaktif yang mereput lalu membebaskan samada [[Zarah|zarah-zarah]], [[sinaran elektromagnet]] (seperti [[sinar gamma]]), [[neutrino]] atau kesemuanya sekali; "[[pembelahan nuklear]], yang membelah satu nukleus berat menjadi dua (atau jarang sekali tiga) nuklues yang lebih ringan; dan "[[pelakuran nuklear]], yang menggabungkan dua nukelus atom untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat.