Yasser Arafat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Thijs!bot (bincang | sumb.)
محمود 79 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
 
[[File:Yasser-arafat-1999-2.jpg|thumb|Yasser Arafat]]
'''Yasser Arafat''' ([[24 Ogos]] [[1929]] - [[11 November]] [[2004]]) ([[Bahasa Arab|Arab]]: ياسر عرفات), presiden [[Pihak Berkuasa Palestin]] (PNA), pengerusi [[Pertubuhan Pembebasan Palestin]] (PLO) dan pemenang [[Hadiah Nobel Keamanan]]. Arafat dilahirkan sebagai '''Muhammed Yasser Abdel-Rahman Abdel-Raouf Arafat al-Qudwa al-Husseini''' di [[Kaherah]], [[Mesir]] pada 24 Ogos 1929. Anak kepada seorang saudagar, Arafat mempunyai hubungan pertalian dengan keluarga Husseini, sebuah keluarga terkemuka di Baitulmuqadis, menerusi ibunya, Beliau dan isterinya, [[Suha Arafat|Suha]], berumah tangga pada akhir tahun 80-an dan mereka mempunyai seorang anak perempuan, Zahwa.
 
[[Presiden]] Palestin Yasser Arafat telah menjadi simbul dan personifikasi perjalanan panjang perjuangan Palestin untuk merdeka di negeri sendiri. Sejak masa remaja, Yasser, nama panggilannya semasa kanak, sudah berjuang untuk bangsa dan negerinya. Berulangkali nyawanya terancam tapi ia tak pernah surut melawan Israel yang menjajah negerinya. Bahkan terakhir, ia diancam usir paksa oleh Zionis Israel daripada markasnya di [[Yerusalem]]. Tapi ia tak gentar.