Kalkulus vektor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Baris 5:
==Objek asas==
Objek asas dalam kalkulus vektor ialah [[medan skalar]] (fungsi yang dinilai oleh skalar) dan [[medan vektor]] (fungsi yang dinilai oleh vektor). Keduanya kemudian akan digabung dan ditukar dalam pelbagai operasi, dan akhirnya disepadukan. Dalam peringkat pengolahan lebih tinggi, ia menggunakan medan [[pseudovektor]] dan [[pseudoskalar]], yang serupa dengan medan vektor dan skalar kecuali ia bertukar tanda dalam peta yang terbalik orientasinya. Contohnya, ikal dalam medan vektor ialah satu medan pseudovektor, dan jika sesuatu memberi refleksi kepada medan vektor, ikal tersebut akan mengarah ke arah yang berlawanan. Hal ini dijelas dan dihuraikan dalam algebra geometri seperti berikut.
 
Operasi algebra yang asas (bukan pembezaan) dalam kalkulus vektor adalah dikenali sebagai '''algebra vektor''', ia ditentukan untuk ruang vektor dan diaplikasikan dengan meluas pada medan vektor, dan terdiri daripada:
;[[pendaraban skalar]]: pendaraban medan skalar dan medan vektor, menghasilkan medan vektor: <math>av</math>;