Perbezaan antara semakan "Wayang Kulit Siam"

468 bait ditambah ,  10 tahun lalu
 
* Satu teori baru yang muncul mengatakan teknik pedalangan Wayang Kulit Siam adalah berasal daripada negara Kemboja ketika zaman Kerajaan Empayar Khmer dahulu. Dikatakan wayang kulit yang terdapat di Kemboja telah disebarkan oleh para mubaligh Hindu yang menyebarkan ajaran agama tersebut dari India. Dari Kemboja, kesenian wayang kulit ini telah dibawa masuk melalui Siam dan terus menuju ke Patani sebelum tiba di Kelantan. Daripada jalan penyebaran inilah, wayang kulit ini diberi nama Wayang Kulit Siam. Teori ini disokong beberapa orang sejarawan dan pengkaji budaya memandangkan ianya berdasarkan fakta sejarah.
 
Di Malaysia, Wayang Kulit Siam juga dikenali sebagai Wayang Kulit Kelantan. Ini merujuk kepada sejarah wayang kulit itu sendiri yang berasal dari negeri Kelantan. Selain itu, ianya juga dikenali sebagai ''Wayang Pahang'' ketika ia dipersembahkan di negeri Pahang oleh orang Melayu Kelantan yang berhijrah ke negeri tersebut. Malah, ia juga dipanggil sebagai ''Wayang Kelantan'' atau ''Wayang Siam Kelantan'' oleh masyarakat Melayu Patani di kawasan selatan Thailand.
 
== Rujukan ==
343

suntingan