Strabo: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 13:
==''Geografi''==
''[[Geographica (Strabo)|Geografi]]'' ialah sebuah karya yang terperinci dalam [[bahasa Yunani]]. Terdiri daripada 17 jilid, karya ini boleh dianggap sebagai sebuah [[ensiklopedia]] tentang pengetahuan geografi pada zaman Strabo. Kecuali bahagian-bahagian dalam Buku 7, karya ini masih wujud dengan lengkap. Bagaimanapun, walaupun karya ini meliputi seluruh dunia yang dikenali oleh orang Yunani dan Rom pada masanya, karya ini mempunyai beberapa kecacatan yang utama:
* pertahanan yang tetap dan menggangu bagi pemuisi [[Homer]] sebagai sumber geografi, yang menyebabkan Strabo mengetepikan penulis-penulis yang lebih terkini, seperti [[Herodotus]], yang seringnya merupakan saksi untuk apa yang mereka melaporkan;
* keasyikannya terhadap kritikan pengarang-pengarang lain yang amat halus dan seringnya bersifat suka mencari kesalahan untuk berdebat;
* sikap Yunani yang aneh terhadap fakta yang cenderung menerbitkannya semata-mata berdasarkan pertimbangan.
Pendek kata, seseorang lebih menyukai lebih banyak geografi berbanding cara mengemukakan alasan. Bagaimanapun, cara ini memberikan cendekiawan moden maklumat sejarah yang bernilai tentang kaedah-kaedah geografi kuno serta banyak ahli geografi yang karya mereka telah hilang.
Lebih kurang tiga puluh manuskrip ''Geografi'' atau bahagian-bahagiannya masih wujud. Hampir kesemua ini merupakan salinan zaman pertengahan, walaupun terdapatnya cebisan-cebisan daripada papirus yang mungkin disalin antara [[100]] - [[300|300 Masihi]]. Selama satu setengah abad, cendekiawan-cendekiawan telah berusaha dengan susah payah untuk menghasilkan sebuah edisi yang menepati versi Strabo. Satu edisi yang paling sahih telah diterbitkan sejak [[2002]], dan diterbitkan pada kadar lebih kurang satu jilid setahun.
==Pautan luar==
|